"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hakim mahu Zahid ‘duduk di rumah’ seminggu sebelum perbicaraan bersambung

V Anbalagan

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah memberitahu peguam Ahmad Zahid Hamidi untuk menasihati klien mereka, tidak menghadiri mesyuarat selama seminggu sebelum kesnya disambung semula supaya tidak mengganggu perbicaraan rasuahnya.

Sequerah berkata demikian apabila menangguhkan perbicaraan Zahid, yang dijadualkan disambung semula hari ini, kepada 4 Mac selepas presiden Umno itu menjadi kontak kepada seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, yang dilaporkan positif Covid-19.

“Saya mahu pihak pendakwaan menutup kesnya, yang mana saya yakin ia boleh berlaku sekiranya tiada gangguan,” katanya.

Timbalan pendakwa raya Raja Rozela Raja Toran memberitahu mahkamah, ini merupakan kali ketiga perbicaraan ditangguhkan ketika Zahid menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19 sejak tahun lalu.

Terdahulu, peguambela Hamidi Mohd Noh memohon penangguhan terbaharu, dengan berkata Zahid menjadi kontak rapat kepada ahli MKT Umno Johan Abdul Aziz, yang disahkan positif.

Zahid, yang dikatakan mempengerusikan mesyuarat parti di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat, tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Sequerah berkata, Mahkamah Tinggi mempunyai jadual untuk diikuti, yang mana ia akan menganggu sekiranya ada penangguhan selanjutnya.

Beliau menetapkan tarikh perbicaraan baru 4, 5, 18, 19 dan 26 Mac.

“Saya tidak mahu mengambil risiko yang berada di luar kawalan sesiapa pun,” katanya.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menghadapi 12 tuduhan pecah amanah jenayah, lapan tuduhan rasuah, dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM117 juta.

Pendakwaan sebelum ini memanggil 90 saksi dan mempunyai lapan lagi sebelum menutup kesnya.

Tiada ulasan: