FMT Reporters
PETALING JAYA: Perbincangan bagi membentuk kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Pahang kini menunjukkan tanda positif, kata Setiausaha PH Pahang Rizal Jamin.
Dalam satu kenyataan hari ini, Rizal berkata Pengerusi PH Pahang Amirudin Shari telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN negeri Wan Rosdy Wan Ismail semalam.
“Hasil perbincangan adalah positif ke arah membentuk kerajaan negeri Pahang di antara BN dan PH yang stabil dan inklusif demi menjamin kemakmuran dan pembangunan mampan ekonomi negeri ” kata Rizal yang mewakili Amirudin serta ahli jawatankuasa PH Pahang yang lain.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan Perikatan Nasional (PN) Pahang sudah mengadakan perbincangan bersama Wan Rosdy berhubung kerjasama pembentukan kerajaan negeri.
Beliau berkata pertemuan yang diadakan di Kuala Lumpur itu berjalan lancar dan mencapai persetujuan membabitkan dua gabungan parti politik itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan