"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Agong titah Anwar, Muhyiddin menghadap jam 4:30 petang

Malaysiakini 

Yang di-Pertuan Agong bertitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menghadap pada jam 4.30 ini di Istana Negara.

Menerusi kenyataan daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin, Istana Negara hari ini telah menerima makluman berkenaan gabungan parti-parti politik pasca pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baru daripada ketua-ketua dan ketua gabungan parti-parti politik yang mempunyai jumlah kerusi parlimen yang banyak susulan daripada keputusan PRU15.

“Proses ini adalah bertujuan supaya Seri Paduka Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai perdana menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Setelah dipersembahkan hasil pengesahan calon-calon perdana menteri, adalah didapati bahawa tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai perdana menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara yang tersebut di atas.

“Memandangkan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah, maka seri paduka baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan PH dan PN menghadap pada jam 4:30 petang ini di Istana Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, baginda menasihati supaya seluruh rakyat Malaysia bersabar dan bertenang dengan pembentukan kerajaan dan pencalonan dan perdana menteri baru.

Politik Malaysia menyaksikan kebuntuan selepas tiada parti atau gabungan memperoleh majoriti mudah dalam PRU15 Sabtu lepas.

PH menang di 82 kerusi, PN 73 kerusi manakala BN mempunyai 30 kerusi.

Terbaru, Dewan Tertinggi BN memberi gambaran BN kemungkinan menyokong calon perdana menteri dari gabungan lain namun kekal sebagai

Tiada ulasan: