"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Angka 115 Muhyiddin 'pramatang': Termasuk MP GPS, BN

Malaysiakini

New Straits Times melaporkan dakwaan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berhubung 115 akuan berkanun (SD) menyokongnya sebagai perdana menteri adalah “pramatang” kerana ia termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa ahli parlimen BN.

Muhyiddin mengemukakan akuan berkanun semalam, tetapi dalam perkembangan terbaru hari ini GPS dan BN memutuskan untuk tidak menyokong PH atau PN.

NST memetik sumber yang tidak dinamakan menjelaskan bahawa selagi tarikh akhir pada jam 2 petang hari ini belum ditutup, sesiapa sahaja boleh mengubah fikiran.

“Dia (Muhyiddin) berpendapat dengan mengemukakan SD awal ia akan membantu memastikan percubaan kedua menjadi perdana menteri.

“Dia berkata dia terkejut dengan apa yang dititahkan baginda, bahawa dia tidak mempunyai majoriti, tetapi seluruh negara sudah melihat kenyataan GPS awal hari ini.

"Pada asasnya, persetujuan GPS tidak diperoleh dengan betul oleh PN," lapor NST memetik sumber dalaman.

Tiada ulasan: