"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki bersenjata lastik diberkas pecah masuk 'premis tanpa nama'

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
TANGKAP layar video tular di media sosial. FOTO tular
TANGKAP layar video tular di media sosial. FOTO tular
Kota Belud: Polis menahan seorang lelaki hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan video yang memaparkan dua lelaki memecah masuk sebuah kedai runcit di daerah ini, dengan menggunakan senjata lastik.

Suspek warga tempatan berusia 34 tahun ditahan polis di rumahnya di Kampung Kuala Abai, di sini pada 4.47 petang susulan video itu tular di media sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 59 saat memaparkan tindakan dua lelaki memecah masuk kedai runcit dikongsikan melalui laman sosial Facebook.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku 4 pagi, pada 11 Disember lalu di premis tanpa nama di pekan daerah ini.

"Dua lelaki itu mengambil sejumlah wang di dalam laci premis berkenaan dan berlaku pergelutan antara kedua-dua lelaki terbabit bersama mangsa, namun tiada kecederaan serius terhadap mangsa dilaporkan.

"Bertindak atas maklumat, seorang lelaki ditahan petang tadi bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahrudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Katanya, mana-mana saksi awam yang melihat kejadian diminta untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bagi membantu siasatan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Izhafizan Haron di talian 014-6318003," katanya.

Tiada ulasan: