"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Amaran keras polis: Jangan hampiri runtuhan di Sg Kelantan

Bernama

KOTA BHARU: Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama.

Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya mendapati orang ramai masih berkunjung ke kawasan itu tanpa tujuan munasabah.

“Walaupun garisan kuning telah dipasang, kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai yang masih degil. Pihak berkuasa tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan di kawasan itu,” katanya.

Tinjauan Bernama di kawasan terbabit petang ini mendapati orang ramai tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa dan bebas keluar masuk serta membuat kandungan media sosial.

Pada Isnin, satu runtuhan sepanjang lebih 50 meter dikesan berlaku di tebing Sungai Kelantan menyebabkan laluan pejalan kaki di lokasi itu terhumban ke bawah.

Tiada ulasan: