FMT Reporters
Ketua Polis Serdang, A A Anbalagan berkata, polis menjalankan siasatan selepas video kejadian itu tular di media sosial baru-baru ini.
Tangkap layar video tular menunjukan beberapa pemain memukul pengadil kerana tidak berpuas hati selepas pasukan lawan diberi sepakan penalti.
PETALING JAYA: Polis menyiasat kejadian seorang pengadil dipukul diserang dan ditumbuk beberapa pemain dalam satu perlawanan bola sepak di Puchong Jaya pada Ahad lalu.
Ketua Polis Serdang, A A Anbalagan berkata, polis menjalankan siasatan selepas video kejadian itu tular di media sosial baru-baru ini, lapor Sinar Harian.
Katanya, polis juga menerima satu laporan yang dibuat seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang juga pengadil perlawanan tersebut.
“Mangsa ditumbuk oleh orang yang dikenali kerana tidak berpuas hati dengan keputusan sepakan penalti diberikan kepada pihak lawan.
“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan atas kesalahan gaduh gempar,” katanya.
Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Anbalagan juga menasihati orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana kes masih dalam siasatan polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan