"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS main wayang berkaitan Waytha Moorthy

Pelik, masa sidang media ada bersama, tiba-tiba Pas kata tiada kaitan dengan Waytha Moorthy

Harapandaily

Walaupun hadir dalam sidang media bersama pemimpin Pasukan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P Waytha Moorthy, Pas menyangkal dakwaan terlibat dalam saman difailkan P Waytha Moorthy terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan yang dilakukan Waytha Moorthy itu adalah secara peribadi.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita hanya menghormati hak beliau untuk membawa perkara itu ke mahkamah dan biar mahkamah tentukan.

“Kita (PN) tidak terlibat sebagai satu pihak atau satu parti kepada tuntutan ini. Itu kedudukan kita,” kata Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan beberapa Ahli Parlimen Bersatu lain termasuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang).
Takiyuddin (tengah) ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.
Pada 12 Ogos lalu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dilihat berada bersama-sama Waytha Moorthy dalam sidang media yang memaklumkan tindakan saman pemula terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di hujung sidang media berkenaan, Takiyuddin juga turut menjawab soalan berkaitan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Pemimpin Pas itu kemudiannya berdiri sebaris dengan Waytha Moorthy dan beberapa individu lain memegang dokumen berkaitan saman tersebut.

Kehadiran Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) dalam sidang media itu mengundang kecaman banyak pihak.

Rata-rata menyifatkan Pas begitu terdesak dan tergamak bersekongkol dengan sesiapa sahaja demi menjatuhkan Anwar termasuk Waytha Moorty yang pernah dikutuk parti tersebut semasa era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) 2018 lalu.

Tiada ulasan: