"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bolehkah PAS Negeri Sembilan terima YB Ustaz Nasharuddin sebagai PJ?

albangi
Ustaz Nasharuddin adalah lulusan Jordan dan England. Ilmunya hebat tetapi belum dimanfaatkan oleh massa. Malah mahasisawa UIA dan UKM juga belum berkesempatan menimba ilmu daripadanya apabila beliau dipujuk oleh Almarhum Ustaz Hassan Shukri untuk memikul jawatan sebagai Setiausaha Agung PAS.

Penglibatannya sebagai SU Agung diharapkan oleh Almarhum Ustaz Hassan Shukri menjadi ruang bagi Ustaz Nasharuddin untuk memahami gerak kerja PAS, menimba pengalaman, mendekati pimpinan PAS dan seterusnya membina ketokohohan serta peribadi sebagai seorang pemimpin yang berpotensi untuk PAS pada masa akan datang. Tetapi harapan tinggal harapan apabila YB Ustaz Nasharuddin disambar bertanding di Parlimen Yan tidak sampai dua tahun beliau menjadi SU Agung.

Dalam usia muda dan berkaliber ilmunya serta dikenali di seluruh negara ketika itu, beliau akur menerima arahan dari pimpinan PAS di bawah AlMarhum Ustaz Fadzil Nor supaya bertanding di Parlimen Yan kerana calon PAS untuk Parlimen tidak cukup ketika itu dan beliau bertanding dan menang.

Ustaz Nasharuddin tidak berkesempatan membina ketokohan dan menimba pengalaman serta memahami dengan mendalam sepak terajang politik dari dalam PAS  dan luar PAS. Kejujuran dan patuhannya kepada pimpinan parti yang tidak berbelah bagi,  walaupun ada komen beliau kurang turun padang, telah meletakkan diri beliau untuk diuji di usia yang amat muda dalam perjuangan.

Keputusan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS beberapa tahun yang lampau di usia muda juga adalah kerana asakan dan pujukan kelompok-kelompok dalam PAS sendiri, samada yang lama dan baru, terutama kelompok baru dari kalangan profesional. Dengan kesibukan mengurus parti, menjadi wakil rakyat, mengurus kehidupan harian sebagai bapa dan suami, serta mencari rezki untuk keluarga, beliau tidak sempat membina "grassroot" beliau di peringkat massa berbanding dengan YAB TGNA di Kelantan dan YB TGHH di Rusila serta pimpinan PAS yang lain.

YB Ustaz Nasharuddin tidak ada pondoknya sendiri untuk memanfaatkan ilmunya. Beliau tidak ada "base" atau markas yang menghasilkan generasi baru untuk bersama PAS. Beliau tidak ada pengikut dari "grassroot" yang setia dan kental dalam PAS. Perancangan sebahagian orang dalam PAS menyebabkan beliau terjebak dan terperangkap dalam kepimpinan tertingi dalam PAS itu dianggap terlalu awal. 

Masa berlalu, dan pengalaman adalah guru paling baik untuk semua orang khususnya untuk diri YB Ustaz Nasharuddin sendiri. Kekalahannya dalam pertandingan jawatan no. 2 dalam PAS bukan bermakna masa depan beliau gelap dalam PAS. Tidak sama sekali. Allah SWT lebih Mengetahui akan hikmah peristiwa ini. Mungkin YB Ustaz Nasharuddin harus memimpin di peringkat negeri, dan tempat yang baik baginya ialah di Negeri Sembilan menurut rakan saya, kerana darah dagingnya ada di Negeri Sembilan. Beliau ada saudara mara yang berasal dari N9. Negeri Sembilan tidak ada tokoh ulamak yang disegani selepas Almarhum PJ Negeri Sembilan bertaraf ulama meninggal dunia. 

Persoalannya, adakah PAS Negeri Sembilan bersedia menerima YB Ustaz Nasharuddin menjadi PJ mereka? Apakah PAS N9 tidak mahu membina tradisi ilmuan Islam di N9 dengan adanya pimpinan PAS seperti Ustaz Nasharuddin berkelulusan B.A. dari Jordan dan Sarjana dari England? 

Apakah PAS N9 tidak mahu menerima seorang YB dan seorang pimpinan tertinggi dalam parti untuk memimpin N9? Apakah PJ N9 yang ada sekarang bersedia memberi laluan kepada YB Ustaz Nasharuddin demi kepentingan perjuangan Islam yang didokong oleh PAS?

Apakah PAS N9 yang sudah ada api dalam sekam sebelum ini akan bertukar menjadi api yang lebih besar kalau YB Ustaz Nasharuddin menjadi PJ N9? 
Inilah cabaran yang harus disahut oleh PAS N9?

Tiada ulasan: