"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Dari ‘penjara orang suci’ ke medan luas berudara nyaman

ARIF ATAN Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH 
Dari ‘penjara orang suci’ ke medan luas berudara nyaman
Jauh berbeza setelah menyertai AMANAH apabila tidak wujud lagi jurang dengan pemimpin atasan seperti begitu terasa ketika berada dalam Pas sebelum ini.

Hal tersebut termasuklah tiada sikap mengagung-agungkan mana-mana “tuan guru” atau kawalan ketat keselamatan dan hidangan berasingan bagi pemimpin AMANAH.


Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, rata-rata ahli AMANAH yang dahulunya ahli Pas memberi reaksi lebih tenang pada masa ini walaupun kerja-kerja politik tetap berjalan.


“Kawan-kawan sebut, sejak bersama AMANAH, mereka rasa lebih selesa, relaks, santai, sambil kerja-kerja politik berjalan seperti biasa. Kata mereka, keluar Pas seperti keluar dari kurungan atau lepas dari kandang.

“Saya tak hadam maksud sebenar ungkapan tersebut, tetapi saya boleh menyelaminya berdasarkan rasa dan pengalaman sendiri. Mungkin apa yang saya rasa selari dengan apa yang mereka rasa,” ujarnya.

Beliau memberitahu semua orang diletakkan setara sebagai manusia apabila berada dalam AMANAH dengan tiada sesiapa akan diagung apatah lagi ‘disuci-sucikan’.

“Semua orang saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi tanpa terbeza dengan status atau kedudukan.

“Ustaz Ahmad Awang, lulusan sarjana al-Azhar dalam bidang syariah, Ustaz Abd Ghani lulusan sarjana al-Azhar dalam bidang fiqh perbandingan, disapa dengan ustaz saja. Mereka selamba saja walaupun mereka orang alim.

“Presiden AMANAH pula disapa dgn Bang Mat. Di mana-mana saja, orang menyapanya Bang Mat dan bergurau dengannya seperti sudah sangat biasa. Bang Mat pula layan mereka macam kawan yang sangat rapat,” jelasnya.

Mengulas sikap merendah diri Mohamad yang mesra disapa sebagai Bang Mat, beliau menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas itu boleh meluangkan masa berbanding pemimpin tinggi Pas tertentu yang pernah ditemuinya sendiri sebelum ini.

“Paling syok, Bang Mat boleh minum teh sambil makan kacang bendi cecah kuah gulai mamak sampai jam 2 pagi bersama kawan-kawannya.

“Khabarnya, Ustaz Fadzil Noor juga seperti Bang Mat, suka ‘lepak’ dan layan orang minum-minum sampai berhimpun jarum jam.

“Maaflah, sekadar bercerita. Saya pernah makan sehidang dengan orang besar Pas bergelar tuan guru (bukan TGNA – Tuan Guru Nik Aziz).

“Sepatah pun dia tak tegur saya, apatah lagi bertanya khabar. Dia makan, dan saya makan, akhirnya habis begitu saja,” kongsi Timbalan Pengerusi AMANAH Perlis itu.

Walau bagaimanapun, situasi berbeza apabila makan bersama dengan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang dilihat amat mengambil berat.
Presiden AMANAH bersama pimpinan dan ahli parti ketika Malam Gong Langkasuka sempena Konvensyen Nasional AMANAH 2017 di Alor Setar pada Oktober lalu

Ambil berat

“Saya pernah makan sehidang dengan UFN (Ustaz Fadzil Noor), saya tak larat nak jawab soalan yang dia tanya. Kebetulan ketika itu sidang Dun (Dewan Undangan Negeri) Perlis baru selesai.

“Saya sangat terasa dia (Fadzil Noor) begitu ambil berat walau pun saya bukanlah orang besar parti ketika itu,” ujar bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan itu.

Namun, jelasnya, banyak pihak menganggap sudah terasa wujudnya jurang yang agak luas antara mereka sebagai ahli biasa dengan pemimpin atasan Pas selepas Ustaz Fadzil meninggal dunia pada 23 Jun 2002.

“Jurang itu diwujudkan melalui sapaan tuan guru, cium tangan, kawalan keselamatan ketat, tolong buka pintu kereta, hidangan berasingan dan banyak lagi.

“Kata kawan-kawan tadi, kami lega sebab dalam AMANAH tidak ada itu semua. Kami seperti keluar daripada ‘penjara orang suci’, atau terlepas daripada ‘belenggu wala’ dan patuh’, ke sebuah medan luas berudara nyaman.

“Ya, AMANAH bukan pondok indoktrinasi, jauh sekali menjadi kem latihan pentaksub atau pusat tarbiah perasan diri suci.

“Ia adalah wadah atau medan untuk rakyat bersuara, sambil menyumbang seadanya untuk sebuah kehidupan bernegara yang sentosa,” luah Ustaz Zolkharnain lagi dalam catatannya di Facebook.
Dr Mujahid dan Faiz juga turun padang agih bantuan kepada mangsa banjir di Permatang Pasir baru-baru ini.

Tiada ulasan: