"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau Mahfuz 'haram' yang selalu ponteng hadir Parlimen tu 'haramjadah'

PAS telah menjatuhkan hukum haram kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar setelah beliau mengambil keputusan meninggalkan parti Islam itu.

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata, Mahfuz dikelaskan sebagai haram kerana melanggar bai’ah (janji setia) sehinggalah pilihan raya umum akan datang kerana beliau masih mendapat gaji sebagai ahli parlimen atas tiket PAS.

Semua calon pilihan raya PAS perlu mengangkat sumpah setia terhadap parti itu sebelum menyertai pilihan raya.

Hashim menegaskan agar Mahfuz mengingat kembali sumpahnya dan beliau perlu menjawab kepada tuhan sebab gajinya sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena telah dijatuhkan sebagai haram apabila mengambil keputusan meninggalkan PAS.

Tambah Hashim, PAS tidak terkesan dengan perletakan jawatan Mahfuz itu, malah parti Islam itu tidak menganggap beliau sebagai musuh pun.

“Perkara yang sama juga terpakai untuk bekas pemimpin PAS lain. Pintu kami sentiasa terbuka untuk menerima mereka kembali,” katanya seperti dipetik oleh NST Online.

Mahfuz, ahli veteran PAS sejak 34 tahun lalu telah mengumumkan perletakan jawatannya semalam, lebih kurang sebulan selepas pemimpin pembangkang Kedah dan Adun Anak Bukit Amiruddin Hamzah meninggalkan PAS untuk menyertai Bersatu.

Mahfuz antara pemimpin PAS yang menentang parti Islam itu untuk memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP, yang sebelum ini ketiga parti itu tergabung dalam Pakatan Rakyat.

Sejak 2015, ramai pemimpin progresif dan pro-Pakatan telah meninggalkan PAS, manakala Mahfuz bertahan di dalam PAS dengan harapan untuk meyakinkan kepimpinan parti itu untuk bergabung bersama Pakatan Harapan (PH).

Walaupun pemimpin PAS bersangka buruk dengan PH, Mahfuz tetap mengunjungi acara dan ceramah PH, malah adakalanya beliau turut memberi ceramah, selain secara terbuka menunjukkan sokongannya terhadap PH yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Mahfuz dikatakan belum memberi kata putus parti mana yang akan beliau sertai walaupun khabar angin kencang mengatakan beliau akan menyertai Bersatu.
-malaysianinsight

Tiada ulasan: