"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akibat dipimpin oleh pemimpin bodoh sombong, Kerajaan Negeri Kelantan kerugian sebanyak RM110

Dari fb Mohd Sayuti Omar II dan penjelasan dari datuk Husam Musa

APABILA DEGIL TANGGUNGLAH RUGI

Disebabkan kelemahan dan kedegilan untuk mendengar nasihat dan pandangan kerajaan Kelantan terpaksa menangung kos kerugian sebanyak RM110 juta dan wang itu hangus begitu sahaja tanpa memberi apa apa manfaat kepada rakyat.

Ini berlaku ekoran pihak kerajaan perlu membayar ganti rugi tuntutan dan pampasan kepada beberapa syarikat yang bertindak menyaman kerajaan Kelantan kerana kegagalan kerajaan menempati janjinya.

Antara kes kes dan bayaran dikenakan ialah:

1. RM6 juga dibayar kepada sebuah syarikat di Gua Musang oleh Kijang Kuari apabila konsensi kepada syarikat itu ditarik balik. Syarikat itu mengancam untuk menyaman Kijang Kuari dan sebagai jalan penyelesaian pampasan sebanyak itu dibayar.

2. RM5 juta dibayar kepada sebuah kontraktor TKSB China ekoran pembatalan membina lebuh raya.

3. RM56.3 juga kerajaan telah bersetuju membayar kepada kontraktor dari China apabila kontrak syarikat pembinaan dibatalkan. Persetujuan untuk membayar sejumlah itu ditanda tangani sendiri MB.

4. RM20 juta kerajaan Kekantan terpaksa bayar kepada syarikat Dae Hanguru Infra Sdn Bhd ekuran penamatan kontraknya dan bayaran itu hanya menunggu perintah akhir mahkamah.

5. RM13 juta mungkin kerajaan kena bayar kepada sebuah syarikat dari Melaka yang menyaman KPK kerana menamatkan konsensi untuknya. Proses tuntutan itu juga sedang dimahkamah.

Risiko kerugian ditanggung kerajaan Kelantan itu sesuatu mendukacitakan memandang kerajaan negeri ketiadaan wang. Jika kerajaan tidak degil mendengar nasihat dan bertindak lebih berhemah tentu wang rakyat yang sangat bernilai itu tidak hagus begitu saja.

Nota: wang sebanyak itu cukup untuk belanja membayar gaji kakitangan awam di Kelantan seramai 13,000 untuk tempoh setahun. Trims.

---------------------

Pengerusi KPK wajar letak jawatan, kata Husam

ZIKRI ABDULLAH
Pengerusi Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) perlu bertanggungjawab terhadap kekalan sekali lagi di mahkamah tinggi Kota Bharu semalam.

Adun Salor, Datuk Husam Musa dalam kenyataannya semalam berkata adalah pelik jika tiada pihak yang mahu bertanggungjawab menghadapi situasi ini.

.”Saya tidak tahu samada pengerusi dan ahli lembaga pengarah KPK berkaitan masih ingin memegang atau meletakkan jawatan mereka,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam mengarahkan KPK (Kompleks Perkayuan Kelantan) membayar RM 5,012,104.10 kepada AS Timber Trading. Kes NO : 22-NCvC-8-02/2015.

Bagi Husam beliau tidak pasti KPK mempunyai kemampuan membayar ganti rugi ini jika ia memutuskan untuk tidak merayu.

“KPK mempunyai masa 30 hari untuk merayu atas keputusan itu.

“Apa pun, ia merugikan rakyat Kelantan,” katanya.

Jika lembaga pengarah KPK meletak jawatan katanya, ia akan memberi imej positif kepada pihak kerajaan negeri.

“Sekurang-kurang MB dan Pas Kelantan dilihat mengambil iktibar atas kelemahan KPK dan bertindak sewajarnya.

“Jika tidak, taring mereka sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga kelihatan begitu digeruni,” katanya.

Tiada ulasan: