"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Mahathir intai tiga kerusi untuk PRU14

Radzi Razak
PENGERUSI Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohammad mengesahkan mungkin akan bertanding di salah satu daripada tiga kerusi Parlimen – Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.

“Saya diberitahu peluang saya untuk menang baik jika saya bertanding di tiga kawasan ini

"Tengoklah sendiri nanti,” kata beliau dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan pertama Bersatu yang diadakan di Shah Alam hari ini.

Ditanya sekali lagi mengenai pengesahan sama ada beliau akan bertanding atau tidak, Mahathir memberi jawapan "Nampaknya begitulah," kata beliau tersenyum.

Kenyataan beliau itu merupakan petanda terbesar bahawa beliau hampir pasti bersedia menjadi perdana menteri interim Pakatan Harapan sekiranya menang pilihan raya umum akan datang.

Mahathir turut memberi jawapan berfalsafah apabila ditanya apakah kewajaran Pakatan Harapan mempunyai perdana menteri sementara.

"Semua perdana menteri adalah sementara. Lima tahun sahaja. Kadang-kadang dia sakit, tak sampai lima tahun," kata beliau.

Mahathir merupakan Ketua Penaja Bersatu Bahagian Langkawi sebelum meneruskan tugas sebagai Ketua Bersatu Bahagian itu.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Pasu sejak kawasan pilihan raya itu diwujudkan pada 1974 sehingga 2004 dan merupakan Ketua Bahagian Umno kawasan tersebut sehingga 2006.

Kawasan Putrajaya pula amat signifikan padanya memandangkan bekas perdana menteri itu bertanggungjawab sebagai perancang utama untuk membina pusat pentadbiran kerajaan pusat itu pada akhir 1990-an.

Cakap-cakap bahawa beliau mungkin akan bertanding di Putrajaya timbul sejak Oktober lalu.

Tiada ulasan: