"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

6 gadis Muslim jadi ‘bridesmaids’ perkahwinan dalam gereja (Gambar)







Sumber gambar: Facebook Ariffinhusaini

Sekali pandang, ia cuma majlis perkahwinan biasa. Pengantinnya beragama Kristian, majlisnya diadakan di dalam gereja, tetapi, apa yang luarbiasa menarik adalah ‘bridesmaids’ atau pengapitnya.

Pengantin in diiring 6 gadis muslim lengkap bertudung!
Konsep perpaduan dalam majlis perkahwinan yang diadakan di St. Joseph Cathedral, Kuching mendapat ‘restu’ warga net dengan nama jolokan ‘Malaysia sebenar’.
Sebenarnya, pasangan Esther Joseph Kim dan Sylvester Voon berterima kasih kepada rakan-rakan sekuliah yang sanggup ‘terbang’ ke Kuching bagi menjadi pengapit dalam majlis meraikan hari bahagianya.









Sumber gambar: Facebook Ariffinhusaini

Sylvester Voon berkata, kesemua pengapit tersebut adalah rakan baiknya sejak semester pertama di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana, Shah Alam dan komited apabila diajak menjadi pengapit majlis perkahwinan walau tahu ia diadakan di gereja.
Esther dalam satu temubual dengan FMT Ohsem, menggelarkan rakannya sebagai 6 orang ‘bidadari’. Mereka bukan sahaja hadir meraikan hari istimewanya, tetapi juga mengluarkan ‘modal’ sendiri untuk persiapan baju kurung moden berona gelap, tudung merah jambu, tambang pergi balik serta perbelanjaan lain.









Sumber gambar: Facebook Ariffinhusaini

“Memang dari awal mereka tahu majlis tersebut akan diadakan di gereja dan menyatakan kesudian untuk meraikan hari bahagia bersama. Kami juga bertanya kepada ustaz jika kehadiran mereka ke gereja sempena perkahwinan dibenarkan, dan kami diberitahu tiada masalah,” ujarnya kepada FMT Ohsem.
“Saya juga terkejut dengan perancangan dan rasa bertuah memiliki rakan-rakan yang baik seperti mereka,” katanya yang hanya menampung perbelanjaan bilik hotel.
Majlis tersebut diadakan pada 29 Disember.
Pelajar semester ke-7 Ijazah Pengurusan Sistem Maklumat itu berkata, penglibatan rakan Islamnya menunjukkan mereka menghormati adat dan agama seseorang meraikan hari bahagia.
Esther juga akui pernah beberapa kali mengunjungi masjid bagi menghadiri majlis akad nikah rakannya atas sebab yang sama, menghormati dan tanda menghargai jemputan.
Jelas wanita berketurunan Bidayuh, keluarganya juga teruja apabila diberitahu rakan Islamnya akan menjadi pengapit.

Tiada ulasan: