"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hampir 80 hilang dalam letupan gas di bangunan 10 tingkat

Letupan itu yang disyaki berpunca daripada gas asli. (Gambar AFP)
MOSCOW: Sejumlah 79 orang hilang manakala angka kematian meningkat kepada 3 selepas satu letupan gas menggegarkan sebuah bangunan di bandaraya Magnitogorsk yang terletak di Pergunungan Ural, Rusia, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Timbalan Gabenor Wilayah Chelyabinsk, Oleg Klimov, pada Isnin.

“Tiga mangsa yang masih hidup dan 3 mayat dikeluarkan dari bawah runtuhan puing,” kata Klimov yang dipetik oleh agensi berita Sputnik sebagai berkata, sambil menambah nasib 79 orang yang hilang masih belum diketahui.

Satu kertas siasatan jenayah dibuka, kata Klimov.

Letupan yang disyaki sebagai gas asli itu berlaku kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan (0100 GMT) pada Isnin.

Sejumlah 48 unit pangsapuri di bangunan 10 tingkat itu musnah dalam letupan tersebut.

Tiada ulasan: