"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akhirnya Azmin menunjukkan belangnya kepada Anwar Ibrahim

Lantik MPP ikut merit bukan sogokan politik, kata Azmin Ali
MALAYSIADATELINE
Timbalan Presiden PPKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa presiden parti itu supaya meneliti semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti.

Menurut Azmin, pelantikan yang menyusul selepas pemilihan parti yang sengit perlu mengambil kira pandangan akar umbi dalam semangat musyawarah dan saling hormat menghormati demi mengembalikan perjuangan parti ke landasan yang sebenar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azmin juga berkata, pelantikan yang telah diumumkan tidak mencerminkan prinsip ‘fair and just representation’ terhadap aspirasi anggota dan tidak akan membantu parti untuk maju ke hadapan.

“Beberapa individu yang dinamakan juga terlibat secara langsung dalam proses pemilihan yang tidak telus dan menyebabkan punca perpecahan dalam parti.

“Jawatan setiausaha agung adalah jawatan penting yang harus dipikul oleh seseorang yang profesional dan wibawa dalam memahami tugas pengurusan dan pentadbiran.

“Beliau perlu melaksanakan tugas selaras dengan keputusan parti yang dibuat secara konsensus dan bukan mengambil pendirian secara berasingan,” katanya.

Begitu juga, tegas beliau pelantikan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang seharusnya dibuat berdasarkan merit dan bukan sebagai imbuhan atau sogokan politik untuk meraih sokongan undi dalam MPP

Justeru, beliau sekali lagi akan merujuk perkara ini kepada presiden yang telah sedia maklum dengan pendirian beliau dan majoriti MPP yang dipilih.

“Pendirian ini telah dimaklumkan kepada presiden beberapa minggu lalu dan saya menggesa presiden memberi perhatian serius demi menjamin masa depan parti yang kukuh dan inklusif.

“Sesungguhnya idealisme refromasi dalam PKR menuntut kita bergerak dengan kekuatan organisasi yang mantap dan meraikan kerencaman pandangan serta inklusif dalam menggara seluruh kekuatan sumbangan anggota PKR,” tambah beliau.

Tiada ulasan: