"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bot karam: Remaja Rohingya dakwa bayar sindiket sebaik tiba di Thailand

NORLIDA AKMAR IDROS
Ali (tengah) diselamatkan anggota bomba selepas terdampar di daratan Pulau Langkawi, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!
LANGKAWI – Seorang remaja lelaki etnik Rohingya mendakwa ahli keluarganya yang menguruskan kemasukannya ke Malaysia dengan bayaran dibuat kepada sindiket apabila tiba di Thailand.

Ali Sharif, 18, ditemukan terdampar di kawasan daratan berbatu dekat perairan Tanjung Chincin di sini kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Dia dipercayai hanyut di laut selepas bot kayu dinaiki kira-kira 70 orang karam sebelum berjaya berenang ke daratan pulau ini dan terkandas sekitar empat hari di situ.

Semasa ditemu bual, Ali hanya mampu bertutur dalam bahasa Bengali dan diterjemahkan oleh seorang individu menerusi panggilan telefon.

Ali mendakwa, segala urusan termasuk pembayaran kepada sindiket dilakukan oleh seorang ahli keluarganya.

Dia bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui jumlah bayaran tersebut, namun memaklumkan ia akan dibayar apabila mereka tiba di Thailand.

Dakwanya lagi, ahli sindiket dipercayai berada di Thailand dan di Malaysia.

Sementara itu, dakwanya lagi, kapal yang karam itu dinaiki bersama kira-kira 70 orang terdiri daripada 55 lelaki dan selebihnya perempuan.

Dia juga mendakwa ternampak seorang meninggal dunia.

Dakwanya, dia datang dari kem pelarian Rohingya di Bangladesh dan mempunyai ahli keluarga di Thailand dan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Zon 4 (Langkawi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, dia menemui mangsa yang ketika itu melambai ke arah mereka menggunakan kepingan polisterin putih.

“Bot bomba bagaimanapun tidak dapat menghampiri pesisiran pantai kerana cetek dan berbatu, jadi anggota turun dan membantu menaikkkan mangsa ke dalam bot,” katanya.

Katanya, remaja Rohingya terbabit meminum air bukit di kawasan daratan itu untuk bertahan selama empat hari terkandas di situ. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: