"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Suami isteri nyaris maut, ‘geng’ lembu melintas di LPT2

NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Sebahagian lembu yang mati dilanggar sebuah kereta Honda Accord dinaiki pasangan warga emas di KM 301.5, LPT 2 berhampiran Plaza Tol Kijal, Kemaman hari ini.
KEMAMAN – Pasangan suami isteri yang juga pesara pensyarah nyaris maut selepas kereta Honda Accord dinaiki gagal mengelak lalu merempuh sekumpulan lembu yang tiba-tiba melintas di Kilometer 301.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur ke Plaza Tol Kijal, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 4.50 pagi itu, mangsa, Khlipah Ibrahim, 65, yang memandu kereta tersebut mengalami lembam pada bahagian tangan, manakala suaminya, Ahmad Aziz, 67, pula terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, sewaktu kejadian, pasangan warga emas tersebut dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang dari rumah mereka di pusat bandar Dungun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Honda Accord dinaiki mereka yang berada di lorong kanan gagal mengelak lalu merempuh sekumpulan lembu.

“Haiwan yang dianggarkan antara lima hingga tujuh ekor tersebut dikatakan tiba-tiba melintas dari bahagian kiri lebuh raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, sebahagian lembu yang dilanggar tersebut mati dan bergelimpangan di atas lebuh raya.

Beliau berkata, kereta Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan berkenaan pula mengalami kerosakan pada bahagian hadapan. Kes diklasifikasikan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: