"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

PAS: Kapal Yang Ditebuk Nakhoda

ramziredang
"Jika kapal hendak tenggelam, jangan salahkan air. Pepatah inggeris ini sesuai terhadap PAS kerana PAS marah terhadap ejekan luar yang menyindir pendirian PAS yang berubah ubah terhadap hudud. Entah siapa yang menasihati PAS. Si pakar strategi yang mempengaruhi Presiden PAS ini persis Israel dan sejarah orientalis layaknya, yang ingin memecah PAS dari dalam untuk menghancurkannya. Yang jelas sipemberi idea merancang menenggelamkan PAS ke dasar yang tidak akan timbul lagi. Semacam ada satu perancangan rapi, supaya PAS memang lenyap dari arus perdana politik negara selamanya. Strategi beginilah yang menyebabkan jatuhnya empayar Islam di masa lalu.

Dalam keadaan kapal PAS yang terumbang ambing ini, sangatlah menghairankan bila juak juak kapal masih merasa kapal mereka gagah dan belayar dengan tenang. Semua orang di dalamnya seperti di sihir. Langsung tidak menyedari bahawa langkah langkah mereka sekarang sedang menenggelamkan PAS. Yang pasti mereka merasakan ini adalah politik matang. Terlalu kesian untuk saya ketawa terhadap rasa kehebatan mereka pada diri mereka sendiri ini.

Ini hanyalah satu pengulangan proses yang sama dengan kejatuhan empayar Islam di masa lalu. Orientalis barat menyusup masuk, menyamar sebagai Islam lalu memecah belah umat dari dalam dan dalam masa yang sama memberi imej yang buruk serta lemah terhadap Islam. Orang akan memandang ulama Islam sangat lemah pemikirannya. Beku, jumud dan tidak dapat menghadapi kerenah semasa. Bila pemimpin ulama Islam dilihat tidak ada moral dan intergriti maka dari situlah juga sejarah membuktikan Mustafa Kamal Antarturki yang sekular menjadi pilihan pengganti.

Sejarah sering sahaja mengutuk akan kesekularan Mustafa Kamal antarturk tetapi tidak pernah membedah penyakit sebenar. Mustafa Kamal memang umpama satu penyakit cancer yang parah dalam sejarah peradaban Islam. Tetapi sejarah tidak pernah membedah mencari punca cancer itu. Tanda tanda awal cancer itu tidak pernah dihiraukan malah dijatuhkan berbagai hukuman terhadap orang yang bimbangkan tanda tanda awal cancer.

Bila saja mereka jatuh, mereka menulis pula sejarah kejatuhan mereka disebabkan faktor faktor lain. Yang pasti menyalahkan orang lain bukan salah diri sendiri.

Hadi awang sendiri dengan hebatnya pernah berceramah tentang sejarah kejatuhan kerajaan uthmaniah, dengan memberi alasan golongan zaidiah, wahabiah, syiah dan kelompok lain. Pecah dan perintah senjata utama orientalis barat. Malang sekali hadi awang hanya membaca sebagai sejarah tetapi bukan mengambil pedoman dari sejarah.

Kerana itu dia sendiri ingin memecahkan sistem dua parti kepada tiga. Dia juga memecahkan PAS kepada berbagai puak. Profesional suku puak agama suku. Hasilnya terengganu tidak mampu bertahan lama, hanya sepenggal. Kedah pula apa yang dibimbang bimbangkan memang berlaku, jatuh tersungkur kerana kesalahan sendiri. Kelantan pula dengan jelas diatur oleh tangan zulkifli mamat dan nik amar. Ahmad Yaacob hanya boneka. Kerana itu kita sering sahaja melihat orang yang muncul Nik Amar, nik amar, nik amar. Di dalam dewan pula zulkifli mamat yang menjawab kritikan terhadap kerajaan negeri. Dia bukan exco dia bukan timbalan menteri besar atau menteri besar, tetapi dia menjawab persoalan yang bukan tanggungjawabnya. Ramai penganalisis politik meramalkan PAS akan terlepas kelantan pula selepas ini.

Ulasan tentang isu semasa menjadi sukar bagi pemimpin PAS yang lain. Kerana perlu seiring dengan presiden. Kekadang ada pemimpin PAS menyerang, tapi presiden menyokong lalu berpusing pula ayat ayat pemimpin lain untuk senada dengan presiden. Setiap perkataan yang ingin diluahkan oleh pemimpin lain di dalam PAS sekarang ini terpaksa difikir banyak kali apakah sesuai dengan pendapat presiden atau tidak. Presiden bukan lagi hak jemaah tetapi jemaah sudah menjadi hak presiden. Jika UMNO dikatakan parti Najib, PAS pula adalah parti hadi. Kata Najib dan Hadi adalah fatwa kepada parti masing masing.

Tujuh tahun yang lalu saya menulis artikel tentang "PAS MENUJU KEHANCURAN". Pada masa itu saya hanya membuat telahan berdasarkan betapa PAS pada masa itu berada di puncak kegemilangan. Dengan gandingan mantap dua orang yang sangat berwibawa iaitu Hadi Awang dan tuan guru nik abdul aziz. Saya membuat telahan berdasarkan pusingan sunnatullah dalam kehidupan. Setelah berada di puncak maka tiada puncak lagi. Pasti menurun dahulu. Tetapi sama sekali saya tidak menyangka orang yang memainkan peranan menghancurkan PAS ini adalah orang yang sama yang saya anggap sangat hebat pada masa itu.

Kalau dulu segala peluru dihadapkan ke arah UMNO. PAS membina kekuatan yang tersendiri kerana bertahun tahun menyatakan perbezaan antara mereka dan UMNO. Itu pun mereka tetap masih belum dapat menambat hati rakyat. Mereka berjaya menang hanya berdasarkan faktor luaran seperti bergabung dengan semangat 46 atau kes Anwar di pecat. Momentum ini berjaya dibajai sehingga subur hingga kaum bukan Islam mula membuka mata terhadap PAS.

Tetapi sayang, setelah sekian lama berperang PAS mengubah strategi. Setelah komander perang yang hebat telah pergi. Baru saja tak berapa lama tok guru nik aziz pergi..segala kelengkapan senjata dan peluru dipanggil balik. Musuh sudah tidak lagi 'berapa musuh'. Kawan tidak lagi 'berapa kawan'.

Kekadang musuh dipuji kekadang kawan ditembak. Bercelaru.

Kini dengan penubuhan blok ketiga, rakyat melihat PAS bukan lagi ingin menyerang dan mengalahkan UMNO. Tetapi semata mata ingin menjadi talibarut UMNO untuk melemahkan pakatan harapan.

Memang saat sekarang orang orang PAS masih mendabik dada mereka sekarang berpolitik matang. Mereka akan menawan putrajaya. Mereka akan menggantikan UMNO. Tetapi yang jelas rakyat melihat sebaliknya.

Semua ini, masing masing masih tidak dapat membuktikan siapakah yang betul. Hanya PRU14 sahaja yang akan memberi jawapan yang jelas. Andaikata keputusan PRU14 menyatakan PAS mengambil langkah yang salah. Maka akan tenggelamlah PAS selamanya.

Jika PAS tenggelam, jangan lagi salahkan orang lain. Orang yang sebelum ini anda anggap menebuk kapal telahpun anda tendang baru baru ini. Jika tenggelam juga, maka sahlah KAPAL TENGGELAM KERANA DITEBUK OLEH NAHKODA SENDIRI

Tiada ulasan: