"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Usul undi tak percaya: Mat Said terima padah

PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu menghentikan penyaluran dana kepada ADUN Kijal yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan itu dianggap langkah tepat berikutan tindakan Ahmad yang dilihat tidak membawa imej sebagai wakil rakyat kerajaan kerana tindakannya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang DUN baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Ahmad Razif berkata, semua dana untuk DUN Kijal akan diuruskan olehnya sendiri di bawah Pejabat Menteri Besar.
“Kita hentikan untuk diuruskan oleh ADUN kawasan itu sahaja tetapi bajet untuk Kijal (DUN) masih berjalan macam biasa tapi diuruskan di bawah Pejabat Menteri Besar.

“Kita melihat bahawa apa tindakan yang ditunjukkan tidak mencerminkan kepada wakil rakyat kerajaan maka kerana itu saya sebagai pemimpin kerajaan sekarang, akan mengambil alih (dana),” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran di Hentian Bas MBKT di Kuala Terengganu, pada Ahad.

Ditanya tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlakukan Ahmad seperti kawasan pembangkang, Ahmad Razif menyerahkan persepsi itu dinilai oleh umum termasuk Ahmad.

“Itu terpulang kepada dia (Ahmad),” jawabnya ringkas.

Kemungkinan Ahmad akan berpaling tadah dan boleh menyebabkan kedudukan kerusi BN dan pembangkang seri, Ahmad Razif berkata, ia tidak menjejaskan kerajaan yang dipimpinnya sekarang
-FMT-

Tiada ulasan: