"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hari Ini PAS Dikafirkan Diri Sendiri Enam Bulan Lalu

ramziredang

"Tajuk yang berbelit. Tapi itulah betapa berbelitnya PAS. Tertubuhnya PASIK(PAS+Ikatan) dengan sendiri menunjukkan kata kata PAS beberapa bulan yang lalu, barangsiapa menolak hudud maka kafir, maka itulah yang dibuat PAS sendiri pada hari ini. Andai lidah biawak bercabang dua, lidah PAS bercabang lima. Ketua Urusan Ulama PAS permatang pauh pernah mengeleuarkan fatwa ketika pilihanraya perrmatang pauh, haram undi calon tolak hudud. Ianya disokong oleh hadi dalam satu temuramah selepas itu. Tiba tiba selepas terrtubuhnya PASIK, rupanya haram yang disebut PAS itu adalah PAS. Aneh tetapi betul

Beberapa bulan yang lalu, musuh musuh PAS (yang PAS anggap musuh Islam) pada masa itu telah berhujah mereka tidak menolak hudud. Mereka semua hanya berbeza pendekatan. Tetapi PAS melompat menghulur keris menikam semua orang. Rumusan PAS pada ketika itu adalah, mereka semua ini adalah penentang hudud. Kafir

DAP tentang hudud. PKR tentang hudud. Mat Sabu, Salahudin, Khalid samad, Hanifa, Dr Zul dan gugusan yang setandan dengannya semua tolak hudud.

Biarpun mereka (musuh PAS ini) membawa hujah fiqh auliyat Dr Yusuf Qardawi sebagai perisai membela dan untuk meleraikan kesalahfahaman PAS terhadap mereka, PAS tetap menghukum mereka tolak hudud.

16 mac 2016. Cubalah teliti betul betul jawapan Hadi Awang (PAS) dengan jawapan Kadir (Ikatan) apabila ditanya oleh wartawan tentang hudud di malaysia. Kadir menjawab dengan lebih terang, jelas dan ikhlas. Tetapi hadi awang menjawab dengan persepsi betapa seorang ulama sangatlah pembelit. Penjual agama. Analoginya adalah, nak laksanakan udang undang jalanraya kena ada kereta. Itu kata hadi awang. Putar belit ini sama belit dengan yang biasanya di jawab yang dulu dulu dulu tu. 'Nak laksanakan hudud kena gaji minima' ketika ingin menghalalkan hubungan dengan DAP.

Bagi walaun, memang jawapan itu hebat dan tidak ada salahnya. Tetapi bagi orang yang terang ingin lari dari fitnah dajal di akhir zaman, itu hanyalah satu pembohongan orang orang yang ingin menjual agama dengan harga yang sedikit.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)

PAS+Ikatan= PASIK

Tiada ulasan: