"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Skandal Lim Guan Eng : Lagi Dokumen Didedah..

Tranungkite
Dokumen di atas berkaitan dengan dua syarikat yang berjaya membida tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang.

Tanah yang asalnya digazetkan oleh kerajaan BN untuk projek perumahan rakyat termiskin telah dibatalkan apabila kerajaan DAP mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum 2008.

Kerajaan DAP Pulau Pinang kemudian menender tanah tersebut kepada projek komersial yang dimenangi oleh syarikat Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) yang mempunyai kaitan rapat dengan dua syarikat lain iaitu Winbond Dental Sdn Bhd dan Winbond Management & Consultand Sdn Bhd dan.

“Lihat siapakah Phang Li Koon pemilik banglo di dalam syarikat yang berhubung kait dan berkepentingan mendapatkan tanah di Taman Manggis,” dedah Pisau dotnet

Nama Phang Li Koon tersenarai sebagai pemegang saham 20 peratus dalam syarikat Winbond Management & Consultand Sdn Bhd, syarikat yang dimonopoli oleh Tang Yong Chew yang memegang saham sebanyak 80 peratus.

Tang Yong Chew juga merupakan pemegang saham 60 peratus dalam syarikat KLIDC yang mendapat tender membida lot tanah di Taman Manggis Fasa 2, Georgetown dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pembinaan hospital swasta dan hotel.

Pisau dotnet juga turut melampirkan dokumen-dokumen berkaitan dengan sebuah rumah banglo di Jalan Pinhorn, milik Phang Li Koon yang disewakan kepada Guan Eng dan kemudiannya dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Sumber AIDCNews

Tiada ulasan: