"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Inilah gambar rumah Guan Eng


Rumah Guan Eng
Lim Guan Eng
Guan Eng dan Betty menunjukkan rumahnya kepada media selepas menjemput lebih 30 media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn tadi.

Shabudin tidak hadir, Guan Eng minum kopi berseorangan
Guan Eng minum kopi berseorangan kerana Shabudin tidak hadir sesi bersemuka yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri, Komtar tadi.
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengakui anggapannya terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya adalah seorang yang berani ternyata salah.

Menurutnya, dia kesal apabila Shabudin tidak hadir untuk minum kopi bersamanya di Pejabat Ketua Menteri, Komtar untuk bersemuka dengannya bagi mendapatkan fakta berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn, di sini.

"Ternyata anggapan saya salah apabila beliau (Shabudin) tidak hadir hari ini. Jika beliau benar, kenapa tidak hadir untuk berjumpa dengan saya di hadapan media?

"Saya kesal apabila beliau hanya berani membuat tuduhan di dalam Parlimen sahaja. Jika beliau benar mempunyai maklumat bahawa saya 'makan duit', saya cabar beliau menyatakan di luar Parlimen supaya saya boleh mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana memfitnah saya," katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, Guan Eng mendakwa tuduhan berkaitan rasuah oleh Shabudin di Dewan Rakyat tidak berasas apabila mengaitkan pembelian banglo itu dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada 2012 kepada pemaju swasta untuk bina hospital swasta dan hotel.

Menurutnya, tiada apa yang akan disembunyikannya berhubung pembelian banglo bernilai RM2.8 juta itu dan beliau mahu mendengar sendiri apa fakta yang mendorong Shabudin membuat tuduhan sedemikian./sinarharian

Rumah ni, SPRM ada berani nak siasat ke?

Tiada ulasan: