"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Abang bunuh adik depan ibu uzur

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Seorang ibu yang uzur hanya mampu melihat seorang daripada dua anak lelakinya yang bergaduh rebah ke bumi selepas salah seorang daripadanya tertikam.

Kejadian dilapor berlaku di Jalan Desa, Bandar Country Homes dekat Rawang kira-kira jam 10 malam tadi.

Laman portal Astro Awani melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Botak ditikam dengan pisau oleh abangnya yang merupakan seorang pemandu lori selepas dikatakan bertengkar.

Selain ibu, kejadian turut disaksikan oleh keluarga mangsa termasuk dua adik perempuannya.

Malah, insiden tersebut dilapor turut disedari jiran tetangga namun, usaha untuk meleraikan pertelingkahan antara kedua-dua mereka gagal kerana pagar rumah berkunci menyebabkan mereka bertindak menghubungi polis.

Mangsa disahkan meninggal dunia dan pisau yang digunakan suspek turut ditemui.

Abang mangsa yang berusia 40 tahun berjaya ditangkap orang ramai dan diserahkan kepada polis.

Mayat adik suspek dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Tiada ulasan: