"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Populasi Islam Eropah berkembang pesat walaupun penghijrahan berakhir

Populasi Islam Eropah berkembang pesat walaupun penghijrahan berakhirMASYARAKAT Islam boleh mencecah 11% daripada populasi Eropah dalam dekad akan datang berbanding 5% pada masa ini. Ini jika paras penghijrahan sah dikekalkan, menurut laporan badan pemikir yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Dalam kajian bertajuk "Europe's Growing Muslim Population", The Pew Research Center mengeluarkan tiga unjuran berdasarkan senario penghijrahan yang berbeza - ketibaan sifar, "aliran "sederhana" dan penghijrahan "tinggi".

Kajian itu menunjukkan, walaupun kesemua penghijrahan ke Eropah terhenti serta-merta, populasi Islam dari 28 anggota Kesatuan Eropah (EU) termasuk Norway dan Switzerland akan bertambah dari 4.9% kepada 7.4% pada 2016.

Menurut angka diberi agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Eropah menerima lebih daripada sejuta pendatang dan pelarian pada 2015.

Kebanyakan mereka adalah dari negara-negara majoriti Islam dan beberapa parti politik kanan yang telah meningkatkan retorik anti-Islam.

Pew, yang ujurannya berdasarkan kepada data kerajaan dan kajian-kajian lain, berkata peningkatan kenaikan itu disebabkan kadar kesuburan yang tinggi di kalangan umat Islam, yang rata-rata 13 tahun lebih muda berbanding bukan Islam.

Senario "sederhana" adalah berdasarkan tahap penghijrahan yang dilihat sebelum kemasukan pelarian pada 2015/2016.

Di bawah senario itu, kadar orang yang dikenalpasti sebagai Islam diunjurkan lebih dari dua kali ganda kepada 11% populasi pada 2050.

Model ketiga adalah berdasarkan kepada pelarian yang kebanyakannya Islam, terus mencecah rekod bilangan yang dilihat pada 2015 an 2016.

Di bawah senario itu, masyarakat Islam akan menyumbang 14% daripada populasi Eropah pada 2050. Pew mengatakan ia "masih lebih kecil berbanding populasi Kristian dan mereka yang tidak beragama".

Penulis laporan itu juga mengatakan aliran pelarian telah pun mula merosot selari dengan usaha EU menghalang kedatangan pelarian.

Unjuran Pew juga menunjukkan penghijrahan tidak memberi kesan kepada Eropah.

Andainya ketibaan sama sekali dihentikan, Perancis - yang mempunyai kira-kira 5.7 juta masyarakat Islam (8.8%) pada 2016 mengikut laporan itu - akan terus mempunyai komuniti Islam terbesar di Eropah.

Di bawah senario "sederhana", Britain - yang menjadi destinasi utama penghijrahan Islam bukan pelarian - akan mengatasi Perancis manakala di bawah senario "tinggi", ia dipegang Jerman yang menerima lebih daripada 1.5 juta pelarian sepanjang dua tahun lepas.

Laporan itu juga menekankan peranan penghijrahan yang menjadi punca penurunan jumlah populasi di Eropah.

Populasi dijangka menurun dari 521 juta pada 2016 kepada 482 juta pada 2050 dengan ketiadaan pendatang seterusnya.

Di bawah senario "sederhana", populasi akan meningkat kepada 517 juta orang, manakala di bawah senario "tinggi", populasi akan mencecah kepada 539 juta orang. – AFP

Tiada ulasan: