"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Awak punca Pas berpecah, kata Hanipa kepada Hadi

MALAYSIA DATELINE
Ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, “terimalah hakikat pahit andalah punca parti anda hancur berkecai dan dihina sebegitu rupa.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab tulisan panjang Hadi yang dipercayai ditujukan kepada beliau dalam isu ‘parti suci’.

Menurut bekas AJK Pas Pusat yang selalu mengkritik Hadi dalam mesyuarat AJK Pas Pusat, ketika bersama Pas dahulu itu, “janganlah rasa hanya kerana anda tok guru dan quoted (petik) ayat-ayat suci kenyataan anda hebat dan kena diikuti.

“Maaflah mungkin untuk orang lain but not for me (tetapi bukan saya)….” tulis Hanipa dalam jawapan balasnya itu.

Menurut Hanipa, AMANAH tidak perlu ditubuhkan jika Pas pimpinan Hadi itu tidak mesra Umno.

“Saya kata tadi kami tak perlu susah payah keluar parti suci dan bina daripada awal parti baru jika parti yang kamu terajui tak dilihat mesra dan bagi banyak nyawa kepada BN khususnys dalam isu 1MDB,” katanya.

Hanipa menjawab tulisan Hadi itu walaupun pada awalnya beliau tidak mahu melayan tulisan itu.

Hanipa berkata, ada orang hantar kepadanya kenyataan akhbar presiden parti suci yang nampaknya memberi reaksi terhadap gelaran kumpulan suci yang dilabel kepada parti yang beliau terajui.

“Sebagai menghormati susah payah beliau memberi response itu, saya bacalah juga tapi dengan penuh struggle utk habiskan,” kata Hanipa yang asalnya tidak mahu mengambil kesah kenyataan itu.

Katanya, kenyataan Hadi itu, “dengan hormat, penuh dengan tuduhan tak betul dan kadangkala saya rasa orang gila pun tak percaya dengan tuduhan beliau.

“Contohnya dia kata “mereka juga gagal menolak PAS dari belakang supaya menyertai BN, di mana mereka juga sangat bernafsu menyertainya…”

Beliau juga, kata Hanipa, seolah olah meletakkan puak mereka setaraf Nabi Allah Lut a.s dan mereka yang menggelar mereka dengan golongan suci seolah olah setaraf kaum Nabi Lut a.s.

Hadi juga berkata, parti suci tak kisah atau menang pilihanraya.

“Maaflah kena jawab.

“Nak tanya sikit lah. Adakah hanya kerana anda berserban, berjubah, bertitle tok guru maka anda rasa anda ada monopoli berbicara isu agama…maknanya anda sorang sahaja betul,” katanya.

Katanya, “mengambil secara terpisah ayat al Quran tanpa melihat konteks yang sebenar dan ditempel dalam kenyataan anda dan cuba tonjolkan puak-puak anda seolah olah menerima nasib sepertt Nabi Lot a.s.

“Maaflah itu teknik lama dan teknik yang paling tak bertanggungjawab,” katanya.

Hanipa seterus berkata, “gelaran kepada parti kamu sebagai puak suci bukan suka suka. Ia berasaskan bayyinah dan qarinah.”

Menjawab kenyataan Hadi yang berkata tak kisah menang atau kalah pilihanraya, Hanipa berkata “Dengan siapa anda nak berlawak?”

“Tubuh parti politik, masuk pilihanraya, selalu kata Islam perlu kuasa untuk berdaulat, lepas tu kata tak pe menang atau kalah.

“Ada lagi ke perkara lucu selain perkara itu. Be honest lah!” kata Hanipa dalam tulisannya.

Tiada ulasan: