"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Delusi politik dalam PAS

The Malaysian Insight
Delusi politik dalam PAS
ADA orang mengalami delusi. Ada orang yang tong kosong. Ada pula yang bermimpi. Dan di antaranya, ada Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang duduk dalam dunianya sendiri. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Januari, 2018.

ADA orang mengalami delusi. Ada orang yang tong kosong. Ada pula yang bermimpi.

Dan ada Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang duduk dalam dunianya sendiri.

Beliau baru-baru ini membayangkan bahawa partinya, yang sebelum ini tiada apa-apa sebelum bertenggek pada gerakan Reformasi, akan menang 40 kerusi Parlimen dan akan jadi kingmaker selepas PRU14.

Tanpa dukungan pengundi bukan Melayu, calon PAS akan hanya bergantung pada undi penyokong totoknya dalam pilihan raya umum akan datang. Keputusannya boleh dijangka: calon PAS akan tersungkur di kebanyakan kerusi yang ditandinginya.

Parti itu kini ada 14 kerusi Parlimen. Pemerhati politik percaya PAS pimpinan Hadi akan menanggung nasib malang dan terpaksa berpuas hati dengan bilangan wakil rakyat yang tidak sampai 10 orang di Parlimen kerana meninggalkan pakatan pembangkang dan berbaik dengn Najib Razak.

Tetapi Hadi terpaksa berpegang pada naratifnya kerana beliau sudah meyakinkan sebahagian ahli parti bahawa parti Islam itu kini sudah jadi sebuah kuasa utama dalam politik Malaysia.

Beliau perlu meyakinkan mereka bahawa strateginya berbaik dengan Umno dan "bebas" daripada Pakatan Harapan akan membuahkan hasil yang lumayan yang tidak pernah dikecapi sebelum ini.
Tanpa dukungan pengundi bukan Melayu, calon PAS akan hanya bergantung pada undi penyokong totoknya pada pilihan raya umum akan datang. Keputusannya boleh dijangka: calon PAS akan tersungkur di kebanyakan kerusi yang ditandinginya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Januari, 2018.
Tanpa dukungan pengundi bukan Melayu, calon PAS akan hanya bergantung pada undi penyokong totoknya pada pilihan raya umum akan datang. Keputusannya boleh dijangka: calon PAS akan tersungkur di kebanyakan kerusi yang ditandinginya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Januari, 2018.
Kita percaya sasaran 40 kerusi itu sangat tidak masuk akal, tidak seperti senario berikut yang masih boleh jadi, berbanding angan-angan melangit Hadi:

1. Pasukan bola sepak Malaysia layak ke Piala Dunia di Qatar pada 2022 dan menang.

2. Low Taek Jho, sahabat Perdana Menteri dan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, akan dikurniakan darjah kebesaran oleh Ratu England, dan dilantik sebagai penasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

3. Anak muda Malaysia berbondong-bondong meninggalkan Facebook, Twitter, Snapchat dan pelbagai platform lain.

4. Jamal Yunos, ketua Baju Merah, akan bersara dan memencilkan diri.

5. Utusan Malaysia mengangkat Ambiga Sreenivasan sebagai tokoh pilihan Malaysia.

6. DAP akan masuk Barisan Nasional dan Lim Guan Eng jadi Menteri Kewangan dalam kabinet Najib Razak.

7. Dr Mahathir Mohamad tidak lagi jadi tokoh yang memecahbelahkan pemikiran rakyat Malaysia.

8. Sebahagian ahli politik Umno akhirnya akan faham bahawa DoJ bukan sebuah agensi Malaysia tetapi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, dan siasatan ke atas 1MDB bukan seperti permainan masak-masak.

9. Isa Samad akan dibersihkan daripada sebarang salah laku dalam Felda dan hidup berbahagia selama-lamanya.

10. Najib Razak akan bersara dari politik.

Senarai itu sangat tidak munasabah sehinggakan kita akan menolaknya begitu saja. Tetapi sasaran 40 kerusi Hadi itu tidak masuk senarai, membayangkan betapa tidak masuk akalnya cara beliau berfikir.

Realiti tentang PAS begini: ia mungkin hilang Kelantan dan sebahagian besar wakil rakyatnya di Parlimen sekarang akan menganggur selepas PRU14.

Ahli-ahli PAS yang setia mengesyaki strategi presiden mereka yang dipanggil kuasa ketiga itu akan melenyapkan mereka tetapi mereka tidak sanggup atau tidak mampu menahan beliau.

Apa yang mereka perlukan ialah untuk kembali berpijak di alam nyata. Mungkin pada PRU14 nanti.

Tiada ulasan: