"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

2 lelaki serang stesen minyak dengan bom petrol

FMT Reporters

PETALING JAYA: Sebuah stesen minyak di Jalan Kuching-Kota Samarahan, Sarawak nyaris terbakar akibat dibaling bom petrol tengah malam tadi.

Berita Harian melaporkan 2 lelaki bermotosikal mendekati sebuah mesin pam minyak dan pemboncengnya membaling sebuah botol yang dinyalakan sebelum melarikan diri dari stesen petrol itu.

Api berjaya dipadamkan 2 pekerja yang bertindak pantas menyembur debu kering selepas ternampak api berdekatan sebuah pam minyak itu.

Jurucakap pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke tempat kejadian selepas dimaklumkan pada jam 12.07 tengah malam.

“Berikutan kebakaran sudah dipadamkan, pihak bomba hanya membuat pemantauan dan mengambil maklumat untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran,” katanya dipetik Berita Harian.

Tiada ulasan: