"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Jemaah berhenti solat Subuh untuk kejar pencuri

JEMAAH di sebuah masjid di Kota Bharu terkejut dengan tindakan berani seorang individu yang mengambil peluang untuk mencuri semasa mereka sedang menunaikan solat Subuh.

Suspek berkenaan dilaporkan berjaya melarikan beg tangan seorang jemaah yang berisi barang kemas dan wang tunai dan menyebabkan kerugian kira-kira RM20,000.

Kejadian pada kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku di ruang solat wanita, lapor Harian Metro, yang memetik kenyataan Imam Tua Masjid Kota, Muhamad Lokman Zakaria.

Menurut Mohamad Lokman, mangsa kejadian, seorang warga emas menjerit apabila menyedari begnya direntap oleh suspek tersebut.

"Warga emas itu uzur dan bersolat atas kerusi. Jadi begnya diletakkan di bawah kerusi sebelum suspek bertindak merentapnya dan disedari jemaah itu.

"Difahamkan, dia (mangsa) sempat memegang tangan pencuri itu sebelum menjerit: “Pencuri.... beg aku”.

“Jeritannya disedari kami dan ada beberapa jemaah lelaki berhenti solat dan cuba mengejar, tetapi tidak sempat," katanya seperti dipetik laporan itu.

Tambahnya lagi, suspek berkenaan pada awalnya cuba mencuri beg seorang makmum di saf belakang tetapi tidak berjaya.

"Ketika sujud kedua dia melangkah dua saf untuk mengambil beg tangan warga emas terbabit di saf paling depan," kata Mohd Lokman lagi.

Tambahnya, tindakan suspek yang memakai baju panas hitam berhud itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di masjid berkenaan.

Menurutnya lagi, sistem pembesar masjid tersebut juga didapati hilang dalam satu kes pada tahun lalu.
-themalaysianinsight

Tiada ulasan: