"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

1MDB: .Skim Ponzi’ diguna konspirator untuk beri rasuah, kata Pendakwaraya Switzerland

Malaysia Dateline

Dana pembangunan ekonomi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa digunakan sebagai skim Ponzi oleh sekumpulan konspirator untuk memberi rasuah dan memperkayakan diri mereka.

Dakwaan oleh Pendakwa Raya Switzerland itu dibuat selepas beberapa hari bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah kerana peranannya dalam urusan itu.

Skim Ponzi ialah sistem penipuan yang dipakai oleh majoriti skim cepat kaya.

Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber (gambar kiri) yang dipetik dalam laporan Bloomberg, dipetik, berkata, ketika ini pihak berkuasa Swiss sedang menyiasat enam individu kerana dakwaan terbabit dalam skandal berbilion dolar 1MDB dan dua bank Swiss, Falcon Private Bank dan BSI SA yang masih diragui.

Lauber ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Tommy Thomas.
Switzerland masih menyiasat bagaimana berbilion dolar diperuntukkan bagi pembangunan ekonomi melalui 1MDB dipindahkan ke Bank Swiss untuk menambah kekayaan tertuduh.

Lauber yang kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura dan Amerika Syarikat sebelum ini bersikap kritikal terhadap pegawai Malaysia kerana gagal mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak berkenaan.

“Kami fikir ia adalah alasan, ia adalah sejenis skim Ponzi,

“Ia digunakan untuk merasuah pegawai asing, ia digunakan untuk membayar faedah, ia digunakan untuk memotivasi pegawai baharu untuk ingkar undang-undang atau hanya untuk memberi hadiah kepada mereka,” katanya yang tidak mendedahkan identiti pihak dirujuk.

Pada Mei lalu, Pendakwa Raya Swiss mendedahkan mereka akan membuka prosiding jenayah terhadap dua bekas pegawai PetroSaudi.

Di bawah dakwaan melabur kira-kira AS$1 bilion (RM4.03 bilion) usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi, pegawai 1MDB dan lain-lain sebaliknya memindahkan kira-kira AS$700 juta (RM2.8 bilion) kepada akaun yang tidak dikaitkan dengan PetroSaudi, berdasarkan dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam perintah rampasan tahun 2016.

Lauber berkata, kira-kira AS$7bilion (RM28.18 bilion) dana 1MDB dan bekas anak syarikatya, SRC International Sdn mengalir keluar menerusi sistem kewangan global dari tahun 2009 hingga 2015 dan beliau masih menilai jumlah sebenar yang disalahgunakan.

Peguam PetroSaudi menafikan wujudnya sebarang salah laku, manakala Najib mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya dan dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.

Tiada ulasan: