"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Keris telanjang’ mungkin ganti ‘Dacing’ di PRK Sg Kandis

Minderjeet Kaur
PETALING JAYA: Umno sedang mempertimbangkan penggunaan lambang tersendiri untuk bertanding Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis bulan depan, pertama kali ia tidak menggunakan lambang “Dacing” Barisan Nasional, gabungan yang dipimpinanya selama berdekad sebelum kekalahan mengejut Mei lalu.

Dipercayai cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat majlis tertinggi parti akan datang.

Kerusi DUN Sungai Kandis di Selangor kosong ekoran kematian penyandang, Mat Shuhaimi Shafie dari PKR minggu lepas.

Sumber yang rapat dengan parti Melayu itu brkata lambang merah Umno, yang tertulis “Pekembar” dalam tulisan jawi, mungkin memberikan kelebihan kepada parti itu berbanding Pakatan Harapan di kerusi majoriti Melayu.

Pekembar ialah singkatan bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, iaitu nama Melayu bagi Umno, atau United Malays National Organization.

“Ramai ahli Umno merasakan sekarang masa untuk menguji keadaan selepas keputusan buruk pada pilihan raya 9 Mei. Jika hasilnya baik, mereka mungkin tidak lagi akan menggunakan lambang Dacing,” kata sumber.

Sumber itu berkata tiada apa yang boleh menghalang Umno daripada menggunakan lambang tersendiri.

“Kami parti yang berdaftar.”

BN sekarang hanya terdiri daripada Umno, MCA dan MIC, selepas parti komponen di Sarawak serta Gerakan meninggalkan gabungan itu selepas kekalahan BN.

Keanggotaan parti lain, MyPPP, tidak lagi relevan kerana parti itu tidak diberikan sebarang kerusi pada pilihan raya lalu.

Sumber menambah MCA dan MIc mungkin juga akan bergerak sendirian pada masa akan datang, walaupun ketiga-tiga parti mungkin mengekalkan suatu bentuk kerjasama longgar sesama mereka.

“Kerjasama yang dirancang ialah mengelakkan pertembungan langsung antara ketiga-tiga parti semasa pilihan raya,” katanya.

Pada pilihan raya Mei lepas, Umno memenangi 47 kerusi Parlimen sementara MIC menang 2 kerusi dan MCA 1 kerusi.

Tetapi 3 Ahli Parlimen Umno mengumumkan mereka meninggalkan parti itu.

Tiada ulasan: