"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Sebuah kisah sempena hari lahir ke-93 Mahathir

Malaysiakini baru beroperasi empat tahun ketika Tun Dr Mahathir Mohamad berundur daripada jawatan perdana menteri pada 2003. Beliau berumur 78 tahun ketika itu.

Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, Malaysiakini yang lahir selepas tercetusnya gerakan Reformasi pada 1998, tidak pernah menyangka bahawa ketika portal ini berumur 19 tahun, Dr Mahathir menjadi perdana menteri semula.

Doktor perubatan yang berasal dari Kedah, yang akan meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-93 esok, telah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil dalam sepak terajang politik dan umur bukanlah penghalang untuk mencapai sesuatu.

Ribuan ucapan selamat membanjiri laman Facebook rasmi Dr Mahathir sejak pagi ini susulan kiriman tentang hari kelahiran perdana menteri itu.

Ucapan Malaysiakini sempena hari kelahiran pengerusi Pakatan Harapan itu, yang sekali lagi diberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia untuk memimpin negara, adalah semoga beliau tidak menghampakan harapan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dan kehidupan yang lebih baik.

Malaysiakini juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada Dr Mahathir dengan menghadiahi beliau catatan daripada salah seorang wartawan kami, Annabelle Lee yang baru saja pulang dari bercuti di Australia.

'Harapan jaguh kriket di Pakistan'

"Mahathir Mohamad!" Jerit pemandu teksi Pakistan ketika saya tiba di Melbourne dan memaklumkannya saya dari Malaysia.

Pemandu yang memperkenalkan diri sebagai Murtaza itu kemudian melancarkan syarahan tentang kekagumannya pada perdana menteri Malaysia itu.

"Imran Khan juga selalu sebut nama Dr Mahathir dalam ucapannya," katanya sebagai merujuk jaguh kriket Pakistan yang menjadi ahli politik.

Mengikuti perkembangan politik Pakistan menjelang pilihan raya negara itu pada 25 Julai ini, Murtaza menceritakan bagaimana Imran, yang merupakan pemimpin pembangkang - dan rakyat Pakistan secara umumnya - kagum dengan keputusan pilihan raya umum ke-14 di Malaysia.

Murtaza berharap agar Imran mampu mengikut jejak Dr Mahathir dan meyakinkan rakyat senegaranya untuk memilih perubahan dalam pilihan raya akan datang.

Seorang lagi pemandu teksi di Melbourne yang juga berasal dari Pakistan, turut menyatakan kekaguman terhadap Dr Mahathir sebaik saya menyebut perkataan 'Malaysia'.

Dalam beberapa ucapannya, Imran menggambarkan Dr Mahathir sebagai suri teladannya.

Dalam wawancara dengan wartawan tempatan, Imran mengambil contoh Dr Mahathir dalam menekankan perlunya kepimpinan yang bersih bagi menghapuskan sistem politik yang dipenuhi rasuah.

"Ini adalah sebab kenapa saya memberikan contoh Dr Mahathir Mohamad, yang mengubah Malaysia dengan kelas politik yang sama dengan memberikan mereka kepimpinan yang bersih," katanya dipetik sebagai berkata.

Selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya 9 Mei lalu, Imran melalui Twitter mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir meskipun terdapat percubaan "pemanipulasian" pilihan raya oleh pentadbiran yang diterajui Datuk Seri Najib Razak.

Imran juga menyifatkan kepulangan Dr Mahathir ke pentas politik adalah bagi melawan "rasuah" yang disebabkan oleh Najib.
-malaysiakini

Tiada ulasan: