"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Polis serbu pesta seks dan dadah, 68 individu ditahan

Polis membongkar aktiviti pesta dadah dan seks di kalangan remaja berikutan tertangkapnya 68 individu di dua kondominium berasingan di sekitar ibu negara pada Selasa dan Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dalam serbuan pertama di Jalan Ceylon di Kuala Lumpur, pihaknya menahan 15 individu iaitu sembilan lelaki dan enam wanita berusia 19 hingga 44 tahun.

“Empat daripada lelaki yang ditahan adalah warga Thailand, dua wanita adalah warga Indonesia manakala selebihnya warga tempatan.

“Ketika serbuan kesemua suspek sedang khayal dan pemeriksaan di kondominium itu membawa kepada penemuan dadah iaitu 4,000 biji pil jenis Eramin 5 dan 19 pil ecstasy,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menahan 53 individu iaitu berusia 14 hingga 29 tahun dalam serbuan kedua di sebuah kondominium di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

“Terdapat enam lelaki dan tiga wanita di bilik pertama manakala 23 lelaki dan 21 wanita di bilik kedua kondominium itu yang dipercayai turut melakukan aktiviti seks.

“Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan adalah warga Indonesia, polis turut merampas dadah iaitu pil ectasy,” katanya sambil menambah kesemua mereka positif dadah.

Mazlan berkata terdapat sindiket yang menganjurkan aktiviti pesta seks dan dadah kepada remaja di kondominium dengan mengiklankannya melalui aplikasi WeChat.

“Modus operandi ini digunakan kerana remaja tidak dibenarkan masuk ke pusat hiburan, oleh itu mereka sewa kondominium dan buat parti seperti ini. Remaja yang ingin menyertai akan dikenakan bayaran antara RM100 hingga RM200, polis akan ambil keterangan pemilik kondominium untuk siasatan lanjut,” katanya

Beliau berkata kesemua suspek kini direman antara tiga hingga tujuh hari dari tarikh ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-Bernama

Tiada ulasan: