"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Murid Tahun Enam didera, dikurung dalam sangkar anjing

Buletin TV3 

BAYAN LEPAS: Rahsia penderaan seorang murid Tahun Enam terbongkar di sebuah sekolah di daerah ini apabila guru kaunseling mengesan luka dan lebam di belakang badannya, sebelum mangsa mendedahkan dia pernah dikurung dalam sangkar anjing oleh ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menerima laporan daripada Guru Besar sekolah berkenaan pada 11.57 pagi, kelmarin.

“Susulan itu, polis menahan kedua-dua ibu bapa murid berkenaan yang masing-masing berusia 49 dan 47 tahun.

“Kedua-dua mereka yang juga pengurus program dan jurutera di dua kilang berlainan itu tidak mempunyai rekod lampau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sazalee berkata, siasatan mendapati mangsa dirotan di bahagian belakang badan kerana meletakkan makanan di dalam almari pakaian, Ahad lalu, dan kejadian berlaku di rumah mereka di sebuah kondominium di Sungai Ara.

“Guru kaunseling membuat pemeriksaan badan apabila melihat mangsa seperti dalam keadaan kesakitan ketika berada di sekolah.

“Pengadu (Guru Besar) mengetahui mangsa dipukul selepas dimaklumkan oleh guru kaunseling,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang juga anak kedua pasangan itu memberitahu dia sering dipukul dan pernah dikurung dalam sangkar anjing oleh suspek kira-kira dua tahun lalu.

“Murid berkenaan kini ditempatkan serta dirawat di Hospital Pulau Pinang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dimaklumkan sudah melawat mangsa.

“Kita turut merampas rotan di rumah suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Tiada ulasan: