"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengantin bawah umur, suami 16 tahun, isteri muda setahun

KOSMO
Dua remaja melangsungkan perkahwinan di Lombok semalam. - TikTok
JAKARTA – Sepasang remaja di Indonesia mengundang kritikan orang ramai kerana  melangsungkan perkahwinan ketika mereka masih bawah umur, lapor portal berita Detik semalam. 

Majlis perkahwinan itu berlangsung di Lombok, wilayah Nusa Tenggara Barat. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mominya_keisha menunjukkan pasangan pengantin bawah umur itu bergambar di atas pelamin.

Difahamkan, pengantin lelaki berumur 16 tahun, manakala pengantin perempuan muda setahun daripada suaminya. 

Bahkan, kedua-dua remaja berkenaan masih bersekolah. 

Rakaman itu menjadi tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai. 

“Macam main ‘kahwin-kahwin’ masa kecil,” kata seorang netizen. 

“Sekolah mereka macam mana? Dilanjutkan atau berhenti?” tanya pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tiada ulasan: