Agensi

REYNALBERT Insular (kanan) dan isterinya ditangkap pada 20 Mei lalu. FOTO Agensi
Manila: Datuk Bandar Upi Selatan di wilayah Maguindanao del Sur, bersama isterinya, ditahan polis atas tuduhan terbabit pembunuhan Timbalan Datuk Bandarnya, Roldan Benito pada Ogos 2024.
Philippine Daily Inquirer melaporkan, menurut kenyataan Kumpulan Siasatan dan Pengesanan Jenayah (CIDG) pada semalam, tangkapan dibuat di Barangay Making, Parang, Maguindanao del Norte, sehari sebelumnya.
Tangkapan itu dibuat berasaskan waran tangkap atas tuduhan pembunuhan dan cubaan bunuh yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Daerah Cawangan 27 di Bandar Cotabato pada 12 Mei lalu, kata CIDG.
"Pada November 2024, Kumpulan Siasatan Khas (SITG) memfailkan aduan jenayah terhadap 12 individu yang disyaki, termasuk datuk bandar dan isterinya, atas tuduhan sebagai 'dalang' dalam merancang dan melaksanakan serangan berkenaan," menurut CIDG.
Walaupun CIDG tidak menyebut nama suspek, datuk bandar Upi Selatan adalah Reynalbert Insular.
CIDG juga tidak memberikan maklumat lanjut mengenai 10 individu lain yang didakwa.
Serangan itu berlaku di Sitio Linao, Barangay Pandan, Upi Selatan, pada awal malam 2 Ogos tahun lalu, mengakibatkan kematian Timbalan Datuk Bandar Upi Selatan Roldan Benito dan pembantunya, Weng Marcos.
Isteri mendiang, Analyn, seorang pemimpin komuniti, serta anak lelakinya yang berusia 11 tahun turut cedera akibat terkena tembakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan