"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peras, ugut pengunjung hospital, pengawal keselamatan direman

Buletin TV3 
Tular rakaman video menunjukkan seorang pengawal keselamatan wanita yang dipercayai memeras wang pengunjung hospital RM50 kerana masalah parkir – Foto Tular
KAJANG: Seorang pengawal keselamatan wanita ditahan polis semalam selepas tular perbuatannya dipercayai melakukan pemerasan berjumlah RM50 terhadap seorang pengunjung sebuah hospital tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya terkesan rakaman video yang memaparkan seorang wanita meminta pengawal keselamatan itu memulangkan wang RM50 milik ibunya.

Menurutnya, pengadu turut membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 11.27 malam tadi.

“Semakan mendapati, kejadian sebenar berlaku kira-kira jam 4 petang pada 23 Disember 2024 di sebuah hospital di Selangor.

“Menerusi rakaman video berdurasi 55 saat yang tular itu mencetuskan pelbagai reaksi dan komen masyarakat mengenai sikap pengawal keselamatan yang dilihat cuba mengambil kesempatan dengan cara memeras wang tunai daripada pengunjung hospital sekiranya meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan.

“Malah pengawal keselamatan itu semasa kejadian turut dikatakan mengeluarkan kata-kata ugutan yang tidak sopan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, beliau berkata, polis menahan pengawal keselamatan berusia 28 tahun itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, wanita terb\abit direman dua hari bermula hari ini sehingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Tiada ulasan: