"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersatu ada penyakit kronik, dakwa mantan setiausaha presiden

K PRAGALATH

Mantan setiausaha sulit kanan Tan Sri Mahiaddin Yassin, Dr Marzuki Mohamad mendakwa Bersatu kini berdepan dengan penyakit kronik.

Mahiaddin ialah presiden Bersatu.

Ini kerana Bersatu hari ini gagal bersatu berbanding dengan Bersatu sebelum pilihan raya umum ke-14.

“Ketika itu saya tak dengar seorang pun ahli Bersatu yang kata keputusan MPT Bersatu mencalonkan Tun M sebagai PM-7 salah.

“Ketika itu parti Bersatu jauh lebih kecil berbanding sekarang.

“Hanya ada 1 Ahli Parlimen (TSMY) dan 2 ADUN (DS Mukhriz Mahathir dan Datuk Dr Shahrudin Salleh). Tapi ahli-ahli Bersatubersatu padu mempertahankan keputusan parti.

“Sekarang BERSATU ada lebih 90 wakil rakyat. Tapi berbalah dalam hal mempertahankan keputusan PAT.

“Ada penyakit kronik yg sedang melanda Bersatu. Penyakit ini mungkin kena pada seorang dua saja. Tapi kalau tak dicari ubat, nanti melarat,” tulis beliau di Facebook.

Perbandingan di atas dibuat ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Ketika itu Bersatu merupakan komponen Pakatan Harapan.

Perbandingan di atas dibuat ekoran daripada perhimpunan agung tahunan (PAT) Bersatu baru-baru ini.

Sebilangan besar ketua bahagian mendesak agar Mahiaddin berundur dari tampuk kepimpinan.

Walau bagaimanapun ketika menutup tirai, Bersatu meluluskan usul mencalonkan Mahiaddin sebagai calon perdana menteri.

Tiada ulasan: