"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno Bomohkan Kerusi Speaker, Guna Polis Ganggu ADUN PR


   

Kerajaan kudeta Zambry dan kuncu-kuncunya mengenakan tekanan psikologi terhadap Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak menjelang sidang DUN 7 Mei ini dengan menggunakan anggota polis untuk memantau dan memerhati gerak geri mereka.

Tindakan ini sudah tentu tercetus daripada perasaan bersalah dan tidak tenteram setelah merampas kuasa daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Februari lalu.

Dalam satu kenyataan media Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat, Drs Khalil Idham Lim menyelar tindakan polis yang dianggap menganggu gugat keselamatan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat serta keluarga mereka.

Berikut ialah kenyataan media beliau yang dikeluarkan hari ini:


Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang, Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan pelbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.

Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-

1. Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.

2. Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.

3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.

4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN berkenaan?

5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindakan Zambry dan BN membenarkan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi Speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fa
twa mengenai perkara tersebut. 

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: