
Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.
Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya". Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.
Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan agar hadir semula jam 2 petang ini.
Sewaktu hadir petang ini, beliau bersama rakannya Nor Azizi A Aziz turut ditahan untuk soal siasat berhubung sambutan hari jadi itu sewaktu kedua-duanya membawa makanan tengahari untuk tiga aktivis tersebut.
Mereka berdua bagaimanapun dibebaskan jam 4.45 petang, sementara tiga lagi masih ditahan di balai polis tersebut.
Sebagai membantah tindakan polis itu, Badrul Hisham membuat aduan terhadap Ketua Polis Putrajaya, Supt Abdul Razak Abd Majid atas dakwaan "menahan mereka tanpa mengikut prosedur" dan "sengaja melengah-lengahkan siasatan" terhadap ketiga-tiganya.
Dihubungi Malaysiakini awal malam ini, Badrul Hisham berkata beliau difahamkan Sani, Saufi dan Yasir dimasukkan ke dalam lokap polis balai tersebut mulai jam 6 petang tadi.
Beliau menjangkakan ketiga-tiganya akan bermalam di balai tersebut.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan