Halibon berkata, kebanyakan pesakit turut mengalami peningkatan mendadak suhu badan dan apabila pemeriksaan dilakukan di klinik kesihatan dan hospital, mereka tidak dimaklumkan penyakit yang dialami. Katanya, untuk meredakan penyakit itu, penduduk hanya minum air kelapa dan minuman isotonik. Awang Mat, 63, berkata tanda demam itu seakan Chikungunya kerana selain panas badan mereka turut diserang sakit sendi sehingga tidak dapat bergerak. "Semasa saya demam sejak Ahad lepas, saya rasa sakit sendi yang amat sangat hingga tidak mampu bergerak, namun pulih sedikit hari ini," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Baru, Ahmad Bakar berkata setakat ini lebih 60 penduduk dari kampung itu telah dijangkiti penyakit ganjil tersebut. Menurut agensi berita itu lagi, lebih 50 penduduk dari Kampung Hujung Bendang, lima dari daerah Kampung Bendang Baru turut mula dijangkiti semalam, manakala hampir 100 penduduk dari Desa Keda Kampung Bukit juga dijangkiti hari ini. "Saya berharap Jabatan Kesihatan dapat memantau penyakit dan mengenal pasti penyakit sebenar yang menyerang penduduk di kampung berkenaan bagi mengelak keadaan lebih buruk," katanya. Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Hasnah Ismail berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang laporan dan beliau sendiri akan turun padang esok bagi menyiasat jenis penyakit tersebut. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Penyakit misteri serang 200 penduduk
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan