"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun BN mengaku bakar jentolak / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Salmah Mat Husein
KOTA BHARU, 20 Okt:
Md Yusoff Abd Ghani (BN-Nenggiri) hari ini secara tidak langsung mengakui beliau antara orang yang terlibat membakar sebuah jentolak di Kampung Sungai Raya dalam Dun berkenaan pada tahun 2005 sebagai protes terhadap pemaju yang memajukan tanah yang diterokai mereka.

Salmah Mat Husain
Md Yusoff secara spontan berkata "kalau saya terlibatpun (membakar jentolak) saya membela rakyat."

Beliau berkata demikian ketika Chek Hashim Sulaima, bangun bertanyakan soalan itu sewaktu Adun BN berkenaan berucap membahaskan Belanjawan 2010 di Sidang Dun Kelantan hari ini.

Pengakuan bekenan membuatkan dewan menjadi gamat seketika kerana secara tidak langsung beliau mengakui teka-teki berkenaan sebelum ini.

Ekoran pengakuan itu, beberapa pihak dikatakan akan membuat laporan polis kerana pengakuan Adun BN itu bermakna beliau mengaku membuat satu perbuatan jenayah.

Sebelum itu dewan juga menjadi gamat dengan kenyataan spontan Adun Nenggiri itu apabila beliau berkata �bila tuduhan tentu tidak ada bukti�.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk pada Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) apabila meminta Yusoff membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mempunyai bukti kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk PMBK sebagaimana yang didakwa. (PMBK adalah Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai projek untuk kepentingan rakyat dan negeri Kelantan. Ia diuruskan secara langsung oleh pejabat MB pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Antara projek utamanya dan memberikan hasil terbaik adalah PMBK Sawit yang mengurus ladang kelapa sawit yang banyak memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri.)

Adun Nenggiri itu sebelum ini mendakwa kerajaan negeri menyalurkan pelbagai kemudahan kepada PMBK dengan nilaian yang berjuta ringgit termasuk merampas tanah rakyat.

Tiada ulasan: