"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin PAS Tidak Sokong Pakatan Rakyat? / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

PemerhatiPolitik

Pengkhabaran tentang terdapat segelintir tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) bertiup kencang sebelum Muktamar (UG). Lawannya pula gelar golongan "erdogan" yang mana menyokong PR. Namun begitu, beberapa hari yang lalu Pas digoncang lagi dengan isu EGM yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Melalui isu ini juga frasa "pimpinan pro Umno" dipopularkan, menjadikan isu ini semakin serius.

Isu ini menjadi bertambah panas apabila ia menjadi bola tanggung kepada pihak Umno untuk smash ke gelanggang Pas. Buktinya mudah sahaja, pada hari ini akhbar pro Umno memberi liputan khas kepada musuh Umno ini. Begitu jarang akhbar tersebut memberi perhatian dan "kasih sayang" sedemikian rupa. Dengan tajuk muka depan yang lebih besar berbanding berita tentang belanjawan 2010.

Dalam ruangan itu, para pemimpin Umno memberi komen tentang keruntuhan empayar Pas dan PR. Tujuannya hanya satu iaitu "hancurkan Pakatan Rakyat". Itulah bahayanya memberi senjata kepada lawan. Sesaat berkedip mata, musuh terus pacak senjata ke kerongkong. Itukah yang Pas mahu?

Dalam situasi memperkuatkan PR, Pas tidak perlu menimbulkan isu-isu yang tidak sepatutnya. Pas bukan parti baharu seperti PKR. Berbeza pandapat dan kewujudan masalah dalah perkara biasa tetapi mendedahkan kelemahan didepan musuh semasa pertarungan sengit berlangsung merupakan sesuatu yang agak janggal.

Apakah Pas tidak menyokong PR sepenuh jiwa raga? Wujudkah pimpinan Pas yang tidak menyokong PR? Wujudkah pimpinan Pas yang meruntuhkan PR? Apakah jika seorang pemimpin yang ingin mendaulatkan Islam di bumi Selangor dihukum sebagai pro Umno?

Salah ke jika beliau membela maruah penjawat awam? Apakah beliau tidak memahami tugas sebagai exco apabila mengkritik Selcat? Beliau dilihat lebih memahami golongan penjawat awam kerana pernah berkhidmat sebagai pegawai daerah.

Seorang lagi tertuduh sebagai pro Umno bukan calang-calang orang. Orang nombor dua Pas sendiri mendapat bahana. Beliau dihina, dikeji oleh penyokong parti sendiri. Patutkah ini berlaku? Perlukah beliau ditukar selepas memenangi pemilihan dengan tertib, demokrasi dan sokongan majoriti?

Seorang lagi yang dituduh merupakan orang lama Pas. Beliau pernah menjadi ketua pemuda Pas ketika pas ditendang dari kandang BN. Hampir 40 tahun bergiat dalam politik Pas, tiba-tiba dicadangkan ditukarkan kerana dituduh pro Umno. Tetapi dalam sidang medianya semalam beliau menyatakan bahawa beliau penyokong paling kuat PR. Bagaimana nasib ketiga-tiga pimpinan Pas ini?

Jika dibuat kajian mendalam apakah ini adil? bagaimana dengan pimpinan parti kompenan PR yang lain? Apakah mereka setia dengan PR sekiranya tiga orang dari PKR dan seorang dari Dap yang keluar PR? kenapa tajuk tentang ketidaksetiaan pimpinan Dap dan PKR tidak digembar gemburkan sampai hancur laman sesawang? Jika tuduhan terhadap pimpinan Pas yang belum tentu sahih sudah menjadi tajuk besar.

Apatah lagi pimpinan parti sendiri yang menyerang rakan sendiri. Apakah kita terdengar pimpinan PKR dan Dap membedal rakan mereka dengan tuduhan? Bila sudah terbukti rakan mereka keluar parti dan meruntuhan PR, apakah komen yang diberikan oleh pimpinan parti komponen tersebut? cuba bandingkan pimpinan PKR atau Dap dengan Pas.

Nasib masih menyebelahi Pas apabila EGM ditukarkan sebagai mesyuarat khas. Moga peristiwa dan kemenangan PR dalam PRU12 menjadi pengajaran kepada semua. Itu baharu Allah bagi sedikit, kita sudah gelabah. Bagaimana PR mahu rampas Malaysia jika perkara begini tidak diatasi? Mungkinkah rakyat akan percaya PR mampu memerintah Malaysia. Sama-sama kita fikirkan.

Tiada ulasan: