"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibrahim banyak jasa, janganlah panggil katak / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Afrar Yunus

Berahim Ali banyak jasanya pada negara. Diantaranya beliau pernah meminta kerajaan menaikkan taraf ITM kepada universiti.Katanya, orang tak kenang itu semua. Asyik-asyik panggil dan gelar dia katak.Katanya kepadaMalaysiakini, ramai lagi pemimpin yang lompat parti tetapi tidak digelar sebegitu.

Ibrahim Ali menegaskan, di Sabah, tidak ada pemimpinnya yang tidak melompat parti. Begitu juga Tun Hussein Onn, Anwar Ibrahim, Marina Yusof, Asri Muda,

Rais Yatim, Shabery Cheek dan Hassan Adli, kesemuanya pernah keluar masuk parti yang berlainan.

Berahim kesal. "Kenapa saya, kalau lompat digelar lontong, monyet, kera.."

Ibrahim mungkin mahu berkata begini:

1. Boleh jika nak panggil saya lontong, monyet, kera - pastikan nama-nama yang saya sebutkan di atas juga perlu dipanggil sedemikian.
2. Jika tak mahu panggil mereka katak (contoh Rais katak ) , jangan panggil saya macam tu.
Kasihanlah saya.

Orang Kedah yang tinggal di Pasir Mas bertanya, "bukankah Dr Mahathir juga pernah keluar masuk parti, tapi tak dipanggil pun katak"

"Buruk-buruk Ibrahim Ali tidak ada pun rekod rasuah atau penyelewengan" tegas Ibrahim.

Mereka marah Berahim pasal penyelewengan lain agaknya.

Cuba ingat, bab tanah pajak yang cuba dimilik bebaskan. Maksudnya, tanah rizab PAS Nombor Geran P 022 yang cuba dibebaskan.

Keduanya, dulu biasa janji nak cium buntot seseorang - tak jadi dan mereka kata tak tunai janji.

Adakah macam tu ?

http://alkerohi.blogspot.com/

Tiada ulasan: