"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar vs Zambry: Bapa mangsa jambatan runtuh tidak meninggal

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Okt
: Bapa mangsa jambatan runtuh program perkhemahan 1 Malaysia, T. Nathan tidak meninggal sebagaimana yang dilaporkan Harakahdaily sebelum ini.

Beliau hanya selalu pengsan dan tidak lalu makan dan minum akibat kesedihan amat sangat. Beliau juga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip yang dipasangkan pada lengannya.

Sehubungan itu, Harakahdaily memohon maaf kepada keluarga T Nathan dan pembaca akibat salah lapor ini.

Petang semalam Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husein, Timbalan Pesuruhjaya PAS Ustaz Mustapa Shaari dengan beberapa pimpinan PAS Kampar telah melawat keluarga mangsa di Mambang Diawan, Kampar.

Mereka mengesahkan yang T. Nathan tidak meninggal dunia sebagaimana yang dilaporkan. T. Nathan dilaporkan sihat, boleh bercakap dan melahirkan rasa kesal di atas kejadian tersebut, dan mahu pihak terbabit bertanggungjawab di atas insiden yang berlaku ke atas anaknya.

Pimpinan PAS juga turut melawat keluarga mangsa lain yang turut terkorban kerana insiden tersebut.

Dalam lawatan tersebut, Ustaz. Abu Bakar Husein atas nama PAS Perak telah menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa-mangsa tersebut, dan memberi sedikit tazkirah supaya bersabar di atas qadha dan qadar Allah swt.

Dalam kejadian ini, 22 kanak-kanak jatuh selepas jambatan gantung yang baru seminggu dibina itu runtuh. Tiga mangsa telah meninggal dunia termasuk anak T. Nanthan, N. Dina Deve, 11 tahun.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah melawat tempat kejadian bersama Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah dan MB Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Tiada ulasan: