"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Besar Di Tutup Dengan Isu Kemelut PAS / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Sofi Wahab

BN terus menggunakan isu yang dicipta mereka untuk menutup isu besar yang sedang melanda negara. Kita semua tahu taktikmenutup isu sebenar yang kronik dengan mencipta isu lain memang biasa digunakan BN dan kebanyakan parti pemerintah di dunia ini. Sebab itulah parti pemerintah dan Perdana Menteri akan memastikan 'kepala kantor' kepada surat khabar ini mestilah 'orang' mereka supaya sedang kerja-kerja jahat ini dilakukan.

Saya setuju sangat dengan Blogger 'Ada Otak Fikir-fikirkan' yang menyatakan di dalam blognya bahawa :-

Perkara utama yang berlaku setelah media menggempur isu tertentu banyak sekali isu besar dilupakan puhak berbalah yang lebih memikirkan hujah untuk mempertahankan diri.

Antara isu utama....Bagaimana kes rasuah bekas exco Perak , saksi utama boleh mengatakan tiada rasuah diambil oelh tertuduh walhal sebelum ini dalam laporan SPRM mereka tertuduh telah mengambil rasuah...

Beng Hock pula dikhuatiri membunuh diri 20 % manakala dibunuh pula 80 % menurut pakar patologi Thailand yang telah menguruskan kes seumpama 10,000 kes.Isu wang negara berpuluh bilion lesap didalangi oleh semua piahak berkepentingan MCA , UmNO dan sahabat kroni....melalui skandal PKFZ....

Bagaimana pula isu stadium runtuh...tutup saja ceritanya...Khir Toyo pula lega rumahnya yang hampir 20 juta itu tidak pula dikenakan tindakan oleh SPRM walhal mendiang Beng Hock hanya sebagai saksi boleh mati hanya disebabkan RM2,400 ringgit sahaja....

Banyak isu tenggelam akibat perbalahan , percakaran yang dimainkan oleh musuh sehingga kita semua terperangkap mainan mereka...

Memang benar sekali bahawa BN sedang cuba menutup isu-isu besar ini supaya rakyat lupa sebaliknya masing-masing menumpukan kepada isu kemelut dalam PAS. Sedangkan kemelut dalam MCA dan MIC dilupakan begitu sahaja.

Oleh itu saya mengharapkan rakyat tidak terpedaya dengan 'spin doctor' BN ini yang sentiasa mencari peluang untuk memesong otak rakyat dan mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar.
mutaligat.blogspot.com

Tiada ulasan: