Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat sedih dan cukup bimbang dengan suasana di Perak terutamanya apa yang telah berlaku semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari ini sebentar tadi.
Krisis yang sudah hampir lapan (8) bulan berlalu ini seolah-olah tiada jalan penyelesaian kerana banyak pihak yang diberikan kuasa telah menyalahgunakan kuasa mereka mengikut perancangan-perancangan yang telah di susun oleh UMNO / Barisan Nasional (BN).
DPPN Pk melihat bahawa krisis yang sepatutnya diselesaikan oleh rakyat telah diketepikan kerana terlalu gilakan kuasa dan sikap tidak sabar UMNO / BN untuk berkuasa kembali sebelum Pilihan Raya Umum ke - 13 sehingga sanggup membelakangkan nilai-nilai adab ketimuran serta adap-tertib kepimpinan.
DPPN Pk sedar bahawa suara yang telah kami sembahkan kepada DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semasa mengadap baginda tempohari tidak membuahkan hasil sepertimana yang rakyat Perak harapkan.
DPPN Pk amat bersimpati kepada seluruh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya malah masyarakat antarabangsa yang melihat sendiri krisis yang masih berlarutan ini tanpa penyelesaian konkrit serta terkuburnya demokrasi dan undang-undang yang menjadi asas keluruhan dalam Rukun negara Malaysia.
DPPN Pk sekali lagi merafak sembah merayu kepada Paduka Seri Sultan Perak dan juga Raja Muda Perak membantu kami dan rakyat yang cintakan demokrasi untuk memastikan krisis ini dapat diselesaikan secepat mungkin melalui jalan musyawarah dan keluhuran perlembagaan.
DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan