"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Pahang desak selidik laporan seleweng petrol / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Hashim Abdullah
TEMERLOH, 26 Okt: PAS Pahang memandang serius Laporan Ketua Audit Negara berkaitan keraguan penggunaan minyak petrol oleh kenderaan kerajaan negeri dibawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media di pejabatnya semalam mahukan kerajaan Umno BN Pahang melakukan siasatan terbuka dan telus bagi mendedahkan penyelewengan yang berlaku.

"Kerajaan Pahang perlu mendedahkan penyelewengan dan membersihkan kerajaan dalam kenyataan yang mengaibkan oleh laporan tersebut," katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS menuntut kerajaan Pahang tidak melindungi sebarang penyelewengan dan salah laku mana-mana pihak dalam usaha menjaga harta rakyat.

Image"Kerajaan seharusnya tidak cuba melindungi sebarang penyelewengan dan salah laku mana-mana pihak bagi kebaikan dan penjagaaan harta rakyat. PAS mengesa agar pendakwaan dibuat sekiranya terdapat salah laku dan penyelewengan sebagaimana yang dilapor.

"Tindakan lima buah kenderaan rasmi sebagaimana yang didakwa mendedahkan kepada tanggapan umum bahawa pihak kerajaan melindungi pihak yang melakukan penyelewengan.

"PAS Pahang melihat teguran yang dibuat Ketua Audit Negara seolah-olah tidak diambil tindakan oleh kerajaan sebagaimana teguran-teguran sebelumnya.

"Akibatnya rakyat menanggung kerugian akibat daripada penyelewengan. Begitu juga dengan unsur penyelewengan pembinaan Hospital Pekan yang bernilai RM 81.59 juta memerlukan siasatan secara telus dan tindakan mesti diambil kepada pihak yang terlibat,"katanya.

Tiada ulasan: