"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar vs Zambry: Dua Persidangan, Dua Speaker, Satu Dewan / PKFZ

Sidang DUN Perak semalam berlangsung dalam keadaan kecoh dan gawat.
Apa yang berlaku semalam boleh dikatakan sebagai “satu dewan, dua persidangan”.

Kedua-dua ahli dewan dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang dalam satu dewan dengan dipengerusikan oleh dua orang speaker.

Kami sempat menemubual Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang ditemui di lobi parlimen bertanyakan tentang keadaan sidang DUN Perak semalam.

“Dua persidangan, dua speaker 1 dewan, ia berjalan serentak” ujarnya ringkas.
Menurut Nizar yang ADUN Bukit Gantang, pelbagai halangan terpaksa ditempuh oleh ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat semalam sebelum dibenarkan memasuki bangunan sekretariat kerajaan negeri.

Malah ujarnya kejadian semalam tidak ubah seperti apa yang berlaku pada 7 Mei lalu apabila sidang DUN Perak bertukar menjadi tragedi ganas dan kawalan berat sebelah dari pasukan keselamatan masih berlaku semalam.

“Cuma kami dihalang daripada memasuki dewan itu. Disekat oleh lima sekatan di luar bangunan ada 3 di dalam bangunan ada 2, tempat hendak masuk ada 1. kesemua sekatan ini dikawal oleh anggota polis sehingga pintu hendak masuk ke dalam dewan juga dikawal oleh polis” ujar Nizar.

Dalam kejadian 7 Mei lalu, speaker V. Sivakumar diangkat keluar bersama-sama dengan kerusinya ketika sedang mempengerusikan sidang DUN itu.

Satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam dewan yang mulia. Kali ini, situasinya walaupun tidak sama, namun dapat dilihat Barisan Nasional dan polis bekerja keras dalam memastikan speaker lantikan BN duduk di kerusi speaker.

“Polis mahu menangkap Sivakumar walaupun mereka menafikan kerana pada waktu itu, dia sedang memakai jubah speaker. Tetapi kami mempertahankan. Sampailah check point yang ke empat masuk bangunan itu, berhampiran dengan tempat letak kereta, kami bergelut dengan pihak polis, mereka mahu menangkap Sivakumar sehingga hampir 30 hingga 40 anggota polis menyerang kami. Mereka cuba mendapat YB Sivakumar. Sehingga saya ingat ASP Bala merampas kopiah speaker”.

Malah ujar Nizar, keadaan bertambah buruk apabila keganasan seolah-olah telah menjadi kebiasaaan kepada anggota polis.

“Kemudian anggota mereka telah pun mencekiknya sehingga dia tak dapat bernafas dan perutnya ditekan kerana mereka ingin merampas jubah, akhirnya jubah itu dikoyak setelah bergelut hampir 5-10 minit.

Semantara itu, menurut Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, antara ADUN yang terawal menghadirkan diri ke sidang DUN semalam berpendapat, kawalan dari pihak polis semalam menggambarkan kerajaan negeri Perak yang ditadbir BN pada waktu ini tidak berkeyakinan terhadap kedudukan mereka.

“Kita dapati bahawa dalam sidang DUN di Perak semalam terdapat ratusan polis telah mengepung bangunan itu dan ingin menguasai segala-galanya. Ini hanya berlaku di situasi di mana kerajaan itu di mana dari segi undang-undang kita kata, hak untuk mentadbir”.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri Perak di bawah Barisan Nasional sudah lama ditolak oleh rakyat di negeri itu.

“Ini buktinya kerajaan Barisan Nasional di Perak itu tidak diiktiraf oleh rakyat, orang ramai. Tidak ada kuasa untuk mentadbir. Kita nampak semalam bahawa pihak polis melarang kami masuk ke dewan. Ini semua telah dirancang dan bersekongkol dengan Barisan Nasional supaya kita lambat sampai ke dewan supaya mereka dapat selesaikan ucapan yang segera dibuat oleh mereka dalam masa tersingkat dan tanpa gangguan” katanya.

Manakala bagi ADUN Kapar, S. Manikavasagam, beliau melihat keadaan kecoh yang berlaku semalam sebagai isyarat jelas untuk pembubaran DUN Perak.

“Dun perak ini sepatutnya dibubarkan, beri rakyat satu lagi peluang untuk membuat pemilihan" katanya.

DUN Pakatan semalam meninggalkan bangunan SUK setelah meluluskan tiga usul sewaktu bersidang manakala DUN Barisan Nasional pula berjaya meluluskan bajet dalam masa yang terlalu singkat.
-tvselangor.com-

Tiada ulasan: