"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tidak Ada Apa Yang Dirisaukan Dalam PAS / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

smartlife
Bermacam tohmahan dilemparkan kepada TGNA sama ada dari UMNO malah daripada penulis yang pro PAS kononnya. Peliknya, pihak UMNO tidak pun menyentuh Presiden apatah lagi Timbalan Presiden.Memang telah dipersetujui ramai bahawa PAS bukan milik individu tetapi ia adalah milik awam. Apatah lagi, ia juga bukan milik TGNA atau TGNA.

Tetapi sama ada mahu terima atau tidak, kedua-dua tokoh ini merupakan kayu pengukur atau lebih mudah lagi sebagai "benchmarking" dalam PAS. Kedua-dua ini telah menjadikan PAS disegani dan ada juga yang masuk PAS kerana kedua-dua mereka ini.

Malang, ada yang cuba menjadikan PAS ini sebagai satu komuniti. Komuniti ini konon bahawa merekalah yang layak menentukan hala tuju PAS. Hal ini telah menjadi bahan bualan sisipan selepas perginya Ustaz Fadhil Nor. Mereka mengerumuni TGHA hinggakan TGHA pergi ke England bagi menjelaskan pendiriannya tentang UG.

Amat mendukacitakan bagi PAS, ketua komuniti ini telah belajar daripada kesilapan Nakhaie. Kali ini, ketua komuniti ini merasakan adalah tidak bijak jika pergi bersendirian. Dengan itu, tindakan untuk keluar seperti ahli PKR dan DAP itu adalah tidak memberi apa-apa keuntungan malah membahayakan.

Dalam masa yang sama, pelbagai teori telah dikemukakan tentang Anuar Ibrahim. Khairy (UMNO-BN) menyerang dari luar dan kumpulan komuniti ini menggoncang dari dalam. Tindakan TGNA membidas kenyataan Khairy menyebabkan kumpulan komuniti mulalah mencari pasal dengan puak yang kononnya menyokong Anuar Ibrahim.

Kenapa hal ini berlaku? Jawapannya mudah sahaja. Pertama tidak ada keyakinan dan kedua didorong oleh nafsu besar. Saya berani bahawa Timbalan Presiden PAS tidak ada keyakinan diri dalam memimpin parti ini. Ketidakmampuannya bertanding di tempat sendiri menunjukkan dia sebenarnya tidak dapat berbuat apa-apa untuk PAS. Apatah lagi dalam PRU 13 nanti. Mengikut sejarah, sokongan pengundi ada pasang surut. Kemungkinan besar, beliau tidak ada peluang pada waktu itu nanti.

Keadaan ini dikeruhkan lagi oleh nafsu besar komuniti ini. Maka bermacam-macam teorilah dikemukakan tentang UG. Bagi mempastikan kedudukannya dalam PAS bermacam kenyataan dikeluarkannhya semasa muktamar PAS. Kalau dulu Ulamak dengan Tin Kosongnya baru-baru ini pula Pucuk Pimpinan Mesti Ulamak.

TGNA bukannya calang-calang orang. Beliau telah lama terbau hal ini. Cuma beliau hanya pandang dan lihat. Namun, usianya semakin tua. Adalah menjadi kewajipan beliau membuat teguran sebelum pergi. Apa pun tanggapan orang lain terhadap beliau, beliau teguh pada pendirian. Calon PAS di Bagan Pinang membuka pekong di dada. Oleh itu, beliau terpaksa bertindak.

Insyaallah tindakan beliau demi untuk masa depan perjuangan Islam.

Tiada ulasan: